'Doakan kesayangan kami.' Fatimah The Family UK terpaksa ditidurkan, jalani 5 prosedur termasuk 3 biopsi

No Image Caption
A
A
A

PERSONALITI media sosial, Fatimah Omar Mukhlis, dikhabarkan terpaksa diiletakkan dalam senarai kecemasan bagi menjalani lima prosedur pada Jumaat.

Menurut ibunya, Nor Ashila Mahamed Ismail, 43, Fatimah itu perlu berpuasa sejak Khamis sebagai persediaan.

"Lima prosedur yang dilakukan ialah biopsi unilateral bone marrow aspirationand trephine, lumbar puncture, biopsi nodus limfa inguinal.

"Ini termasuk biopsi kulit insisi kedua daripada salah satu ketulan. Sekarang pukul 11 pagi (semalam) di United Kingdom dan Fatimah telah ditidurkan dan sudah berada di dewan bedah untuk lima prosedurnya," kongsinya di Instagram.

Sehubungan itu, Nor Ashila berharap agar semua terus mendoakan kesihatan dan kesembuhan Fatimah serta prosedur tersebut berjalan lancar.

Baca juga: 'Ya ALLAH kurniakan syifa-MU.' Tubuh susut & pucat, masalah kesihatan Fatimah The Family UK jadi tanda tanya

Baca juga: 'Terus kuat, perjalanan masih panjang.' Kembali bertenaga, Fatimah The Family UK sambung bersekolah di hospital

Baca juga: Keadaan kurang baik, Fatimah The Family UK ditidurkan. Prosedur biopsi dilakukan sekali lagi

Menerusi satu hantaran ibu kepada tiga cahaya mata itu menitip penghargaan buat semua pihak yang sentiasa bertanya khabar dan mendoakan Fatimah.

"Terima kasih pada semua yang ikhlas bersedekah di atas nama Fatimah. Terima kasih juga kepada semua yang sudi melapangkan masa, mengambil kesempatan keberadaan di Tanah Suci Makkah untuk melakukan tawaf khusus buat Fatimah.

"Semoga ALLAH kurniakan pahala yang berlipat kali ganda atas keikhlasan anda semua. Dan semoga berkat doa ramai di bulan Zulhijjah ini, ALLAH kurniakan keajaiban buat Fatimah," kongsinya.

Fatimah mula mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Birmingham, UK pada Mac lalu.

Terdahulu, si kecil itu telah melalu beberapa ujian biopsi dan salah satunya menyebabkan pendarahan berpanjangan hingga terpaksa ditidurkan.

Sama-sama kita mendoakan agar Fatimah sihat kembali.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang