MUNCUL secara langsung di program rancangan popular, Meletop semalam membuatkan ramai penonton menitis air mata.

Itu yang terjadi apabila melihat apa yang dilalui isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah berkongsi di sebalik konflik rumah tangganya.

Kongsi Rossalennah atau mesra dikenali sebagai Sera seolah memberi bayangan bahawa hubungannya dengan Shuk sebagai suami isteri bakal berakhir tidak lama lagi.

Menerusi temubual bersama dua pengacara Meletop, Nabil Ahmad dan Uyaina Arshad, Sera kelihatan sangat sedih ketika menjawab semua pertanyaan yang diajukan kepadanya.

Ujarnya, sebelum ini dia mampu memaafkan kesemua kesalahan Shuk kerana berfikir mengenai anak-anak. Namun, tidak untuk kali ini.

“Saya rasa sakit kali ini sekiranya memaafkan dia. Saya rasa tak bahagia dan macam mana saya nak bahagiakan orang lain kalau saya ada perasaan macam itu.

“Kami dah berbincang untuk ambil keputusan apa selepas ini. Saya memang akan fokus kepada anak-anak sahaja dan perniagaan. Mengenai kami mungkin cukup sampai di sini,” ujarnya.

Baca juga Fida Ibrahim keguguran, janin 4 bulan disambut atas tapak tangan

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera pada 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Dalam pada itu, Sera akui kini punca kekuatannya untuk teruskan hidup dan hadapi semua terjadi adalah semata-mata kerana anak-anak serta mak ayah.

Malah dia juga enggan meletakkan kesalahan 100 peratus ke atas Syuk selain akut itu adalah ujian untuknya juga sebagai seorang suami.

Sehingga ke hari ini , ibu kepada dua anak itu masih lagi menyokong dan berikan kata-kata semangat kepada artis lelaki berkenaan.

Namun apa yang lebih mencetuskan sayu ramai apabila melihat wajah sebak Sera sejak melangkah masuk ke program tersebut dan ditenangkan oleh dua pengacara berkenaan.

Tidak cukup itu, penonton dan warga maya ramai menyerbu ke laman sosial Instagram Sera membanjiri kata-kata semangat buatnya.

Baca juga Anak cuba diculik, Lufya cedera wajah, badan dipukul, titip pesan buat wanita

Muncul live di TV buat ramai sebak, Instagram Rossa Sera 'diserbu'

Iklan

Titip mereka;

“Saya tengok pun jatuh air mata. Semoga kak Sera terus kuat. Dipermudahkan segala urusan. Dapat jodoh yang baik-baik.”

“Be strong, kuat biar kerana anak anak. Cuma ingat, jangan patah balik. Keep moving. Insya-ALLAH ada rezeki anak-anak.”

“Air mata semalam tu air mata wanita yang berapa lama memendam rasa dan sakit. Semoga terus kuat ya Sera.”

“Sera, awak wanita yang kuat. ALLAH uji awak sebab awak ALLAH sayang awak. Insya-ALLAH ada sinar kebahagiaan untuk awak lepas ni.”

Iklan

“Dia terlalu sayang. Tapi peluang yang diberi dipijak-pijak. Kesian dia terlalu kecewa. Kuat ya Rossa.”

Minggu lalu, kemarahan warga maya terhadap Shuk kembali memuncak selepas menontom sedutan klip temuramahnya bersama Pak Nil dalam rancangan ‘Heart to Heart’. Semenjak isu perselingkuhan itu selebriti tersebut boleh dikatakan kehilangan satu persatu termasuklah pekerjaan, rakan-rakan serta keluarga.

Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 di Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah dan dikurniakan dua permata hati, Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimy, 2 tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.