ANAK kepada pelakon dan usahawan, Lufya Omar didakwa cuba diculik manakala Lufya sendiri dipukul mengunakan senjata kayu pada beberapa bahagian badan. Mengalami episod cemas itu, Lufya menitipkan pesan buat wanita.

Pelakon dan bekas pelajar Akademi Fantasia 2008 itu berkongsi kejadian terbabit berlaku di sebuah taman permainan di Kota Damansara beberapa hari lalu.

“Dua hari lepas saya diserang oleh seorang lelaki yang nak cuba menculik anak perempuan saya.

“Masa tu kami berada di playground Kota Damansara pada lebih kurang jam 4.00 hingga 5.00 petang,” katanya.

Baca juga: Wanita terselamat daripada diculik, dibunuh bekas kekasih selepas minta bantuan guna bahasa isyarat

Lufya turut mendedahkan lelaki yang memukulnya menggunakan kayu. Tidak mahu perkara yang sama berulang kepada wanita lain, Lufya menitipkan pesan buat kaum Hawa untuk mempersiap diri dengan ilmu mempertahankan diri.

“Seorang lelaki Melayu telah memukul saya menggunakan kayu di kepala dan badan menyebabkan kecederaan pada wajah dan badan. Alhamdulillah anak selamat dan saya pun selamat. I am a fighter!

“Terpanggil untuk share sesuatu yang penting untuk kita semua. Apa yang saya nak sampaikan di sini demi keselamatan anak serta diri sendiri walaupun wanita yang lemah kita perlu ada ilmu mempertahankan diri.

“Ikutkan orang yang menyerang itu lelaki yang agak besar dan kuat. Dengan izin ALLAH saya dapat melawan dan menyelamatkan anak,” kongsi Lufya di Instagram.

 

Melalui episod yang mencemaskan, Lufya berpesan agar kaum wanita agar sentiasa berhati-hati.

“Syukur Alhamdulillah moral of the story is we must always stay alert. Kita tidak tahu orang zaman sekarang ni sanggup buat perkara-perkara yang keji. Manusia makin tiada kemanusiaan. Doakan kesembuhan dan keselamatan kami ya,” titipnya.

Baca juga: Kanak-kanak diculik keluarga sendiri selepas hilang hak penjagaan, disorok di ruang sempit bawah tangga

JENAYAH CULIK

Menurut Polis Selangor jenayah culik bukan lagi sesuatu yang baru dalam negara kita. Jenayah penculikan di Malaysia terbahagi kepada dua jenis seperti berikut:

(a) Seksyen 360 Kanun Keseksaan:
Penculikan mangsa sehingga keluar daripada sempadan Malaysia

(b) Seksyen 361 Kanun Keseksaan:
Penculikan mangsa sehingga memisahkan mangsa daripada ibu bapanya atau penjaganya yang sah

Iklan

Mengikut Seksyen 360 Kanun Keseksaan:

(Penculikan mangsa sehingga keluar daripada sempadan Malaysia)

Sesiapa yang melarikan atau membawa keluar mana-mana individu melebihi daripada sempadan Malaysia tanpa restu/keizinan orang itu, atau mana-mana individu lain yang merupakan penjaganya yang sah memberikan keizinan bagi pihak orang itu maka perlakuan itu telah dianggap sebagai perbuatan menculik keluar daripada Malaysia.

Berpandukan Seksyen 361 Kanun Keseksaan:

(Penculikan mangsa sehingga memisahkan mangsa daripada ibu bapanya/penjaganya yang sah)

Iklan

Sesiapa yang mengambil/mengumpan/menarik keluar mana-mana kanak-kanak di bawah umur 14 tahun bagi lelaki, atau 16 tahun bagi perempuan, atau mana-mana orang yang gila/tidak siuman, berpisah/jauh daripada penjagaan penjaganya yang sah maka perlakuan itu dianggap sebagai perbuatan menculik daripada penjaga yang sah.

*Maksud penjaga yang sah mengikut Seksyen 361 Kanun Keseksaan ialah mana-mana individu yang diberikan hak penjagaan ke atas kanak-kanak atau mana-mana individu lain.

Baca juga: Tular mesej peringatan culik, jual organ kanak-kanak, PDRM sahkan palsu

Sumber: Instagram Lufya

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.