JIKA kebanyakan selebriti memilih untuk berpakaian glamor dengan jenama terkenal tatkala berada di luar negara, lain pula pandangan pelakon berkaliber, Nabila Huda yang bangga memperagakan pakaian tradisional.

Nabila atau mesra disapa Abil yang kini berada di New York, Amerika Syarikat, memilih untuk mengayakan 30 pasang kebaya pelbagai warna sepanjang dua bulan berada di sana.

“Kenapa nak pakai macam ‘New Yorker’ sedangkan kita patut bangga dengan pakaian tradisional kita. Kita patut berbangga dengan budaya kita, batik kita.

“Jadi saya memilih kebaya untuk travelog saya kali ini,” kongsi wanita berusia 39 tahun itu menerusi Instagram miliknya beserta gambar koleksi kebaya dan kasut yang di bawa ke sana.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Nabila juga turut membawa sebakul aksesori bagi dipadankan dengan kebaya tersebut.

Iklan

Difahamkan, Nabila berada selama dua bulan di New York kerana terbabit dalam sebuah penggambaran sebuah program masakan.

Iklan

Biarpun cuaca di New York agak dingin pada ketika ini, ia tidak sedikit pun menghalang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-28 itu untuk melaksanakan hasratnya memperkenalkan budaya Malaysia di negara luar.