TEKA -teki peminat tentang kehamilan pelakon, Nad Zainal akhirnya terjawab apabila beliau sendiri mengesahkan sedang mengandung.

Penampilan ibu kepada dua cahaya mata itu jelas menampakkan ‘baby bump’ yang kian membesar membuatkan ramai meneka perubahan dirinya.

Memasuki trimester ketiga kehamilan, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin lebih terbuka berkongsi tentang keadaan dirinya.

Berkongsikan kepada portal Media Hiburan, Nad menjelaskan bakal bersalin cahaya mata ketiganya pada pertengahan Oktober.

Baca juga: [16 FOTO] ‘Know-know nikah’- Sekitar ijab kabul Nad Zainal, Ungku Ismail, ramai titip doa kebahagiaan

“Beginilah keadaannya (berbadan dua). Insya-ALLAH bersalin pada Oktober nanti.

“Demam dan batuk itu biasalah, tapi tidak mengapa. Insya-ALLAH saya ok, memandangkan ini kehamilan yang ketiga.

“Saya baru sahaja selesai penggambaran untuk sebuah projek bersama Eirma fatima. Saya pegang watak wanita mengandung.

“Malah suami pun seloroh, dah tak boleh sorok (kehamilan) ini. Kalau ada yang tahu, tahulah. Cuma kalau nak buat pengumuman, tidaklah,” jelas Nad.

Pelakon berusia 33 tahun itu turut berkongsi pengalaman mengandung anak ketiga ini, beliau kerap mengidam nasi kandar.

“Saya boleh menikmati hidangan nasi kandar pada waktu tengah hari dan malam.

“Cuma, perlu kawal diet selepas dinasihatkan doktor susulan badan cepat sangat naik,” tambahnya.

Baca juga: Lebih hargai hidup, Nad Zainal akui hampir gila rindukan anak

Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2018 itu mendirikan rumah tangga dengan aktor Ungku Ismail, 37, pada 23 Januari 2023 selepas mengumumkan hubungan cinta kepada umum pada 17 Januari.

Iklan

Nad terdahulu mendirikan rumah tangga dengan bekas suami, Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015 dan mengesahkan telah bercerai pada September 2022.

Daripada perkahwinan itu, Nad dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 7, dan Budi Kalsom, 2.

Baca juga: Paru-paru dipenuhi darah, Nad Zainal kritikal

Baca juga: Nad Zainal kongsi cerita dalam Cina Buta

Iklan

Baca juga: Ungku Ismail kembali kongsi perkembangan Nad Zainal

Sumber: Media Hiburan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!