SEPERTI semua maklum, penyanyi Siti Sarah Raisuddin kini sedang bertarung nyawa melawan wabak Covid-19.

Justeru, selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa, dilihat turut sama-sama mendoakan rakannya.

Di samping itu, Neelofa turut mengajak orang ramai memanjatkan doa agar Siti Sarah diberikan kesembuhan dan kekuatan bertarung dengan wabak Covid-19.

Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor memaklumkan perkara itu menerusi muat naik status dalam laman Facebooknya sebentar tadi.

“Salam Jumaat. Pada hari yang penuh kemuliaan ini, saya nak mengajak semua, untuk sama-sama mendoakan rakan saya, Siti Sarah Raisuddin dan seluruh rakyat Malaysia khususnya yang sedang berjuang menentang Covid-19 agar segera sembuh dan kuat semangat.

“Semoga doa kita semua diperkenankan. Insya-ALLAH,” coretnya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

siti sarah

Dalam pada itu, satu bacaan Yassin dan doa secara maya untuk penyanyi tersebut telah diadakan tengah hari
tadi diketuai oleh pendakwah bebas, Imam Muda Asyraf.

Terdahulu, Siti Sarah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras berikutan tahap
oksigen yang semakin menurun akibat virus Covid-19 pada Selasa.

Namun pagi tadi, suami Sarah, Shuib memaklumkan, isterinya yang sedang sarat mengandung tujuh bulan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) berikutan tahap oksigen yang semakin tidak stabil.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Majlis bacaan Yasin untuk Siti Sarah, ditidurkan atas nasihat doktor, jalani pembedahan keluarkan bayi

Iklan

Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan Covid-19 sejak 25 Julai lalu setelah menjalani ujian saringan selepas
pembantu rumah disahkan positif virus maut tersebut.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011 yang kini memiliki tiga cahaya
mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Iklan

Ayuh kita semua panjatkan doa buat Siti Sarah serta anak dalam kandungannya diberikan kesembuhan melawan
virus maut tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)