Oh My Netizen kongsi kisah benar laporan polis

Oh My Netizen
Oh My Netizen
A
A
A

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan sebuah program baharu, Oh My Netizen yang memaparkan pelbagai kisah menarik berdasarkan kes-kes yang pernah dilaporkan kepada pihak polis.

Konsep program tersebut dilihat dengan masyarakat apabila paparan kisahnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian ramai orang tidak mengira latar belakang kehidupan mereka.

Setiap episod dalam Oh My Netizen menampilkan banyak pengajaran dan inspirasi yang boleh diambil penonton menerusi pelbagai kisah yang diketengahkan.

Antaranya mengenai stigma masyarakat terhadap remaja autisme, peminta sedekah jalanan, pengabaian ibu tunggal terhadap anak-anak, penyelewengan duit, tekanan emosi mangsa buli siber, pembuli jalanan, ajaran sesat dan banyak lagi.

Episod Oh Jiranku mengisahkan tentang satu laporan polis dibuat oleh seorang wanita terhadap jirannya atas dasar menganggu kententeraman awam, namun kesudahannya laporan polis itu ditarik semula kerana mereka bakal berbesan.

Kes itu membuktikan bahawa polis terpaksa mengambil pelbagai jenis laporan, termasuk perkara-perkara yang remeh seperti kes tersebut.

Sementara episod Rumah Alam Kasih 12 pula membawa penonton menyelak cerita sebuah rumah kebajikan yang menjaga orang kurang upaya dan warga emas, rupa-rupanya menjadi mangsa pengabaian pemiliknya.

Dana yang diterima digunakan untuk kesenangan dirinya sendiri sehingga kes itu menjadi tular dan membuka mata banyak pihak dalam membongkar kebenaran.

Oh My Netizen bersiaran setiap Sabtu dan Ahad, jam 5.30 petang di TV2. Bagi yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan RTM Mobile.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca