Pawagam dalam talian pertama di Malaysia, Film Wallet PVOD cetus revolusi baharu

Film Wallet PVOD
Film Wallet PVOD
A
A
A

PAWAGAM dalam talian pertama di Malaysia, Film Wallet Premium Video-On-Demand (Film Wallet PVOD) yang baru sahaja dilancarkan Khamis lalu bakal memberi pengalaman baharu dan revolusi menarik dalam perkembangan filem dan pawagam tanah air.

Selain daripada menjadi sebuah platform perkhidmatan media over-the-top (OTT) yang berinovatif, Film Wallet PVOD juga sedang bekerjasama dengan penerbit dan pengedar tempatan serta antarabangsa dalam menjayakan penghasilan filem dan pelepaskan kandungan antarabangsa yang eksklusif.

Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Prof Dr Md Nasir menyifatkan pelancaran Film Wallet PVOD akan membawa kesan positif kepada ekosistem industri filem sebagai platform hiburan digital yang baharu.

“Dengan adanya pelbagai platform digital seperti Film Wallet ini akan memberi ruang kepada penggiat-penggiat filem yang bukan dikategori bukan dalam arus industri perdana. Antaranya seperti filem yang khusus untuk festival, filem pendek dan pembikin filem baharu yang dapat diakses oleh penonton dengan mudah.

“Platform seperti ini juga diharapkan akan menggalakkan lagi penghasilan karya-karya filem tempatan yang lebih kreatif, bermutu dan pelbagai topik penceritaan dapat dihasilkan.

“Visi yang dibawa Film Wallet untuk membantu filem-filem tempatan untuk dibawa keluar negara juga amatlah bersesuaian dan selari dengan hasrat dan program Finas untuk menggalakan, mempromosi dan menayangkan filem-filem tempatan ke peringkat antarabangsa,” katanya ketika majlis pelancaran platform tersebut baru-baru ini.

Film Wallet PVOD yang ditubuhkan seratus peratus oleh syarikat tempatan akan menawar ratusan kandungan yang diminati ramai dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Hong Kong, China, Korea dan Eropah.

Menurut Pengasas dan CEO Film Wallet PVOD, Jack Yeoh, Film Wallet PVOD bukan sekadar satu solusi kepada pengguna mendapat akses untuk menonton filem kegemaran mereka tanpa perlu risau tentang bayaran langganan pensrtiman, malah merupakan inisiatif untuk merangsang industri filem di Malaysia.

“Kami berazam untuk menyumbang kepada pertumbuhan industri filem tempatan dengan menyebarkan kandungan penggiat seni ke peringkat antarabangsa.

“Dengan hanya satu klik di telefon pintar, tablet ataupun TV, pengguna boleh mengakses Film Wallet PVOD pada bila-bila masa dan di mana sahaja mengikut keselesaan mereka,” katanya.

Sementara itu Film Wallet PVOD turut mengumumkan penglibatan mereka dalam filem tempatan iaitu Syaitan Nirrajim yang diarahkan oleh Ayez Shaukat, Where You Are (Woo Ming Jin) dan Isolasi (Ryon Lee) yang dijangka diterbitkan pada tahun depan.

Film Wallet juga akan memperkenalkan kolaborasi mereka bersama kandungan antarabangsa Celestial Tiger Entertainment dari Hong Kong serta pengguna dapat akses kepada filem aksi dari seluruh dunia yang berjenama 'KIX'.

Menariknya, pengguna tidak perlu terikat dengan bayaran langganan bulanan penstriman untuk menonton kandungan berdefinasi tinggi, tetapi hanya perlu membeli filem yang diingini pada harga serendah RM1.90 dan boleh ditonton berkali-kali dalam tempoh masa yang diberikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca