Pelakon Lee Ji Han antara korban tragedi rempuhan Itaewon

LEE JI HAN
LEE JI HAN
A
A
A

PELAKON dan bekas peserta rancangan Produce 101 musim kedua, Lee Ji Han, 29, dilaporkan antara 153 yang terkorban dalam tragedi rempuhan pesta Halloween di Itaewon, Korea Selatan, Sabtu lalu.

Agensinya, 935 Entertainment mengesahkan kematian pelakon drama web, Today Was Another Nam Hyun Day itu dalam satu kenyataan pada Ahad.

"Benar, Ji Han telah meninggal dunia dalam tragedi Halloween di Itaewon pada 29 Oktober lalu.

"Kami berharap perkara ini tidak benar dan sangat terkejut mendapat berita ini. Semoga mendiang berehat dengan tenang.

"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Ji Han yang amat sedih dengan berita tragis ini," ujar wakil agensi itu.

Upacara penghormatan Ji Han dilaporkan akan diadakan di Hospital Myeongji hari ini, manakala majlis pengebumian akan berlangsung esok.

Ji Han membuat penampilan awal dalam industi hiburan Korea Selatan sebagai peserta Produce 101 musim kedua yang ditayangkan pada 2017.

Dia seterusnya ditawarkan berlakon dalam drama Today Was Another Nam Hyun Day pada 2019.

Terdahulu, 153 terbunuh, manakala 156 lain cedera dalam rempuhan maut di Itaewon selepas sekumpulan besar anak muda yang menyambut pesta Halloween terperangkap dan tersepit di lorong sempit.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca