Pelakon Majed Salleh meninggal dunia pada usia 65 tahun

A
A
A

PENGARAH dan pelakon Majed Salleh meninggal dunia pada usia 65 tahun pada 6.22 pagi Jumaat.

Berita pemergian aktor popular 90-an dan 2000-an itu dikongsikan adik iparnya, penyanyi Shiha Zikir.

"Abang ipar saya, Abdul Majed Bin Mohd Saleh telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi (Jumaat).

"Mohon sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham, semoga diampunkan segala dosa-dosanya dan tergolong bersama golongan beriman," coret Shiha.

Baca juga: Waspada jika alami 12 keadaan ini petanda sakit jantung termasuk dengkur & batuk tak henti

Dalam pada itu, Shiha menzahirkan seolah tidak percaya dengan kehilangan abang iparnya.

"Masih tak percaya, rasa nak delete balik post tadi," titip Shiha.

Menurutnya,  jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Al-Khairiyah, Seri Gombak dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Bukit Permata, Seri Gombak, Batu Caves selepas selesai solat Jumaat.

Pada Mei lalu, portal berita tempatan melaporkan Allahyarham telah dimasukkan ke hospital susulan lemah jantung apabila fungsi organ itu hanya tinggal 25 peratus sahaja.

Baca juga: Sakit jantung: Orang muda tidak terkecuali

Beliau juga telah menjalani pembedahan memasukkan perentak jantung di Hospital Serdang.

Majed terkenal dengan lakonan dan arahan drama rantaian popular, Gerak Khas dan Metro Squad serta filem Tragedi Oktober, Bara dan KL Gangster: Underworld.

Baca juga: Jantung bengkak boleh sebabkan kegagalan jantung. Pesakit diabetes, hipertensi antara yang kena waspada

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca