Pelakon, pelawak 80-an Isma Aliff ditidurkan, rakan mohon doa ramai

PELAKON, pelawak dan juga penyanyi Isma Aliff dikhabarkan kini ditidurkan di sebuah hospital.

Perkara itu dimuat naik sahabatnya yang juga pelakon Ebby Saiful Ali menerusi laman Facebooknya sebentar tadi.

“Mohon pada sahabat-sahabat sekelian untuk mendoakan kesihatan sahabat saya pelakon, pelawak dan penyanyi, Isma Aliff yang kini berada di hospital dan sedang ditidurkan.

“Semoga segera diberi kesembuhan, amin Yaa ALLAH,” kongsinya.

SinarPlus menghubunyi Ebby menerusi alam maya bagi mengetahui perkembangan lanjut mengenai situasi Isma.

“Saya akan kongsikan perkembangan beliau kemudian. Cuma menurut saudaranya, Isma Aliff masih lagi ditidurkan,” jelasnya ringkas.

Baca juga ‘Lama fikir nama anak lelaki kami’, Aali Mateen pilihan Ayda Jebat & Nabil Mahir

Menjengah ruangan komen, ramai yang meninggalkan doa kesembuhan buat artis yang berusia 59 tahun itu.

Untuk rekod, Isma Aliff atau nama penuhnya Muhammad Latiff Ismail pernah membintangi filem- filem seperti Marah-Marah Sayang, Jaket Biru dan Sayang Ibu.

Iklan

Baca juga Belum 2 tahun, Bilal dah kenal huruf Arab & pandai baca surah pendek, Neelofa dedah tak mudah kawal ‘screen time’ anak

Selain itu, beliau juga aktif dalam drama dan pernah berlakon di bawah arahan Aziz M Osman pada tahun 2000 menerusi drama Romeo.

Selain berlakon dan berlawak, Isma Aliff juga pernah menghasilkan empat buah album sendiri iaitu Eksyen Saja, Dengar Tau, Kembara Duka dan Macam-Macam Ada.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!