Pelitup muka bintang Home Alone jadi perhatian, rasa muda kembali
SIAPA yang pernah tengok filem Home Alone era 90 an lalu, mesti kenal sangat la kan dengan wajah bintang popular ini. Filem Home Alone memang sangat lejen suatu ketika dahulu. Boleh dikatakan semua kanak-kanak akan menyukai filem tersebut.
Dan sehingga kini pun, tidak dinafikan, filem tersebut masih ditonton dan digemari oleh kalangan anak-anak sehingga ada yang menontonnya beberapa kali dan masih boleh ketawa. Itulah penangan hebatnya filem Home Alone.
Kini, pelakon utama filem tersebut Macaulay Culkin sudah berusia 40 tahun. Tak sangka kan, begitu cepat masa berlalu. Jadi siapa yang lahir pada tahun 1980, anda bukan muda lagi ya. Dah patut ada isteri atau suami dan sekurang-kurang seorang anak.
Terbaru, wajah Culkin yang muda ini kembali menjadi perhatian kerana pelitup muka yang digunakan menggamit memori lalu. Dia memakai pelitup muka yang memaparkan wajahnya sinonim dengan karekter di dalam filem tersebut.
Muka seolah-olah terkejut itu telah menjadi trademark filem tersebut.
Artikel berkaitan: Rihanna mohon maaf pada umat Islam, mengaku cuai
Pun begitu, yang penting adalah mesej yang cuba disampaikan oleh Culkin sendiri.
Tulis Culkin di Instagramnya, dia berasakan lebih selamat daripada wabak Covid-19 dengan memakai pelitup muka dari wajahnya yang muda dahulu. Dengan itu membuatkan dia berasa seperti muda kembali.
Culkin juga sempat berpesan kepada anak-anak supaya sentiasa memakai pelitup muka.
Hebatkan khidmat masyarakat bintang ini. Ringkas namun sampai kepada para peminatnya.
Walau bagaimanapun, tak kisah la bagaimana rupa pelitup muka yang korang ada, asalkan pakai.
#staysafe
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang