SETELAH mendapat kecaman hebat daripada peminat, penyanyi antarabangsa, Rihanna akhirnya tampil meminta maaf kepada semua umat Islam.

Ini berikutan penggunaan lagu remix /fashion trap yang mengambil petikan hadis sebagai muzik latar pertunjukan fesyen pakaian dalam miliknya baru-baru ini.

Rihanna memohon maaf melalui catatan panjang di Instastorynya semalam.

Menerusi postingnya, Rihanna mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana menegur kecuaiannya.

Iklan

“Saya berterima kasih kepada komuniti Muslim yang menegur kesilapan tidak sengajakan sewaktu pertunjukan fesyen Savage x Fenty Beauty.

“Dengan ikhlas hati saya ingin memohon maaf atas kecuaian ini. Kami faham kami telah menyinggung saudara Muslim dan saya sangat kecewa atas apa yang berlaku.

“Saya sentiasa menghormati agama lain jadi, penggunaan lagu terbabit dalam projek kami sangat tidak bertanggungjawab!” jelasnya.

Artikel berkaitan: ‘Lama dia tunggu…’ – Nabila Huda keguguran kali kedua

Iklan

Penyanyi yang terkenal dengan lagu “Umbrella” itu juga akan memastikan agar insiden sebegini tidak akan berlaku lagi di masa mendatang.

“Kami akan pastikan insiden sebegini tidak berulang lagi pada masa akan datang. Terima kasih kerana memahami,” jelasnya.