PENYANYI rap kumpulan K-Clique, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan selamat diijab kabul bersama pilihan hati, Siti Hajaar Syeikh Nordin, 26, Jumaat lalu.

Majlis ijab kabul yang berlangsung di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor, itu turut menyaksikan MK, 27, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM302 dan seutas gelang tangan kepada Siti Hajaar.

Majlis berkenaan turut mencuri perhatian ramai, apa yang paling terkesan buat warga maya apabila MK dilihat berjalan ke arah ibunya dengan memberi sejambak bunga dan hadiah kepada wanita itu.

Menerusi sebuah video yang viral di TikTok @hairiwhuutt3, MK berjalan ke arah ibunya sejurus sahaja habis akad nikah lalu melutut dan memeluk cium sebelum menghulurkan hadiah.

“Kasih ibu tiada noktah. Bahkan sampai hujung dunia sekali pun.

“Dalam hidup ini walaupun kita sudah menikah, jangan sesekali lupakan satu-satunya wanita pertama yang telah ajarkan kita erti kasih sayang dan cinta yang sebenar,” demikian kapsyen pada video tersebut.

Baca juga MK K-Clique kini bergelar suami

Video berkenaan meraih pelbagai respon dalam kalangan peminat dan warga maya. Rata-ratanya memuji tindakan MK kerana tidak lupa dengan ibunya sendiri.

Ujar mereka;

“Anak yang baik MK ni… MK pun sempena nama mak dia. Insya-ALLAH akan jadi suami yang baik. Semoga jodoh hingga ke Syurga.”

“Macam mana dia layan mak dia macam tu lah dia akan isteri dia nanti… tahniah dan semoga hubungan korang ni selalu diberkati ALLAH.”

Baca juga Noki ulas ketiadaan Tuju pada majlis perkahwinan MK

“Masya-ALLAH, tabarakallah… seorang anak yang hebat memuliakan ibu yang melahirkan.Semoga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke Jannah.”

Iklan

“ALLAH hebatnya didikkan ibu dan ayahnya dan ALLAH berjodoh pulak dengan gadis berahklaq baik.”

“Mataku berair weh semoga MK anak soleh restu ibu ayah rumah tangga berkat bahagia hingga ke Jannah.”

“Memang patut pon dia dapat perempuan baik sopan. Tengok layanan kat mak dia pon kita tahu dia dapat jadi suami yang baik.”

Iklan

Moga dapat beri inspirasi buat kita semua. Belai dan berilah kasih sayang secukupnya sementara ibu masih ada.

Sumber: TikTok hairiwhuutt3

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi