Pemeriksaan akhir bertukar momen tak terjangka buat Anzalna

ANZALNA
ANZALNA
A
A
A

SIAPA sangka, niat untuk melakukan pemeriksaan akhir bertukar menjadi momen tidak terjangka buat pelakon jelita, Anzalna Nasir apabila melahirkan cahaya mata kedua lebih awal dari perancangan asal.

Menurut suaminya, Hanif Zaki, Anzalna sepatutnya menjalani pemeriksaan akhir sebelum bersalin, namun akhirnya dijadualkan menjalani pembedahan kecemasan untuk melahirkan anak kedua mereka.

“Alhamdulillah syukur. Berkat hari Jumaat. Anak kedua kami telah selamat dilahirkan hari ini (20 Mei 2022).

“Sepatutnya hari ini Anzalna melakukan pemeriksaan terakhir (sebelum bersalin). Namun segala-galanya adalah rahsia ALLAH SWT,” kongsinya menerusi hantaran di Instagram.

Bagaimanapun, Hanif atau nama lengkapnya Muhamad Hanif Muhamad Zaki tidak memaklumkan tentang jantina anak keduanya itu.

Anzalna, 34, dalam satu temu bual bersama media baru-baru ini berharap agar anak keduannya itu dapat dilahirkan pada 31 Mei dan sekali gus berkongsi tarikh lahir dengan anak sulungnya, Mohamad Eidrees yang kini hampir memasuki usia tiga tahun.

Apa pun tahniah buat Anzalna dan Hanif!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca