SELEPAS tiga tahun menanti akhirnya, pelakon Bollywood terkenal, Varun Dhawan bakal menjadi bapa.

Pelakon Dilwale itu, mengumumkan isterinya, Natasha Dalal hamil cahaya mata sulung mereka menerusi Instagram baru-baru ini.

“Kami bakal menimang anak pertama, perlukan restu dan kasih sayang anda semua #keluargakukekuatanku.

Foto yang dikongsikan itu mengundang perhatian warga maya termasuk rakan artis seperti Karan Johar, Priyanka Chopra, Kareena Kapoor, Karishma Kapoor, Abhishek Bachchan dan ramai lagi.

Mereka mengucapkan tahniah dan tumpang gembira dengan berita tersebut.

Baca juga:Malang tak berbau! Hati-hati bagi anak pakai kasut getah. Boleh jadi punca kecederaan di eskalator

“Tahniah, peluk dan sayang. Semoga sihat sentiasa,” kata Ileana official.

“Tahniah awak berdua. Masa terbaik telah tiba, moga dirahmati. kata selebriti, Kapil Sharma.

“Tiada yang lebih baik daripada menunggu kelahiran anak,” kata Aruna Kumar.

Baca juga:Dulu bintang Bollywood, kini Twinkle Khanna jadi penulis buku. Sambung pengajian pada usia 48 tahun, memang inspirasi!

Iklan

Menerusi foto hitam putih itu memaparkan Varun mencium perut Natasha dengan penuh kasih sayang di kediaman mereka di Mumbai.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 24 Januari 2021.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!