PENYANYI Nabila Razali, 31, selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan, 38, dengan sekali lafaz pada pukul 10.11 pagi pada Sabtu.

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali telah selamat dinikahkan oleh jurunikah, Ustaz Fawwaz di majlis pernikahan yang berlangsung di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang.

Dalam majlis yang bertemakan English Garden ini, Nabila menerima mas kahwin bernilai RM22.50. Sementara itu, wang hantaran dirahsiakan.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi majlis pernikahan berjalan dengan lancar.

“Terima kasih kepada tetamu dan ahli keluarga yang turut menjayakan majlis ini, dan tidak lupa kepada peminat di atas doa dan sokongan yang diberikan kepada Bella dan suami,” katanya dalam satu kenyataan.

NABILA RAZALI

Majlis yang dikelolakan oleh Terusik Event telah berlangsung secara sederhana itu dihadiri kira-kira 250 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat dan juga selebriti.

Turut hadir tetamu VIP dan rakan-rakan niaga pengantin.

 

Antara selebriti yang hadir adalah seperti Hawa Rizwana, Amira Othman, Wany Hasrita, Ara Johari, Sissy Iman, Hael Husaini dan ramai lagi

Iklan

Baca lagi Sweetnya Nabila Razali dilamar kekasih, berikut 5 info menarik Nik Iruwan

Baca lagi Nabila Razali belum mengalah, teruskan karier nyanyian seiring lakonan

Pasangan itu bakal diraikan dalam satu majlis resepsi bertemakan Garden Party Formal yang berlangsung pada sebelah petang di tempat yang sama.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang