Perginya Aie...kartunis ‘Aku Hidup Dalam Blues'

A
A
A

SIAPA yang pernah membaca komik Ujang, G3 dan Jom pada sekitar tahun 1990-an pasti mengenali watak Sahak dalam siri 'Aku Hidup Dalam Blues' karya kartunis, Aie.

Dalam satu perkongsian di laman sosial Facebook kartunis popular, Ujang memaklumkan Aie atau nama sebenarnya, Saari Sulong meninggal dunia jam 4 pagi tadi.

Menurut Ujang, Aie berusia 48 tahun menghembuskan nafas terakhir disebabkan komplikasi buah pinggang yang dialami.

Selain siri Aku Hidup Dalam Blues, Aie yang tinggal di Kampung Sungai Manggis, Banting, Selangor juga terkenal dengan lukisan kartun Abe di dalam majalah Ujang.

Beliau merupakan kartunis yang mempunyai gaya tersendiri dalam penghasilan karya. Lebih unik lukisan beliau bercorakkan gaya kemelayuan, namun pada masa menghiburkan hati pembaca.

Aie juga dikenali menerusi siri Blues Untuk Aku, Abe dan Aku dan Sesuatu.

Baca juga Majalah Gila-Gila Edisi Pertama Mencecah RM9,000! Sedia Dipamer Di Rumah Kartun Dan Komik Malaysia

Sepanjang 25 tahun berada dalam dunia kartun dan komik beliau memegang pelbagai posisi penghasilan komik seperti sebagai kartunis, ilustrator, pelukis komik, pereka grafik dan ketua studio.

Ini termasuklah penolong ketua kartunis, ketua unit ilustrasi dan pengarah seni di beberapa syarikat penerbitan tanah air yang menerbitkan majalah Jenakarama, Majalah Kartun Disney ‘Mickey” (edisi bahasa melayu), Ujang, Starz, Utopia, G3, Jom, Boboi dan Gila-Gila.

Sumber: Ujang, Rumah Kartun & Komik Malaysia-MCCH

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca