Perintis program realiti komedi Raja Lawak kini di Awesome TV      

A
A
A

DALAM usaha meneruskan komitmen membekalkan kandungan hiburan berkualiti tinggi, saluran stesen televisyen swasta percuma (free-to-air) Awesome TV membawakan edisi terbaharu perintis program realiti komedi popular Raja Lawak yang kini bakal dikenali dengan jenama Awesome Raja Lawak.

AWESOME Raja Lawak logo

Pertama kali diperkenalkan pada tahun 2007, platform Raja Lawak terbukti berjaya mencetuskan fenomena tersendiri dalam industri seni dengan melahirkan ramai pelawak versatil seperti Nabil Ahmad, Jihan Muse, Johan, Zizan Razak, Sepahtu, Shiro dan Zero.

Mengulas lanjut mengenai penganjuran Awesome Raja Lawak, Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli berkata, jenama dan legasi penerbitan program itu terbukti telah membawa impak dan sumbangan yang besar kepada industri hiburan.

“Melihat kepada landskap pasaran kandungan kreatif, kami yakin dengan potensi hiburan komedi yang dilihat masih kekal relevan serta boleh diangkat ke satu aras yang lebih tinggi dan bervariasi.

“Selain itu, fokus kami dalam menerbitkan program seumpama ini bagi melahirkan pelawak berkualiti untuk menjadi pelapis kepada pelawak-pelawak komersial tempatan sedia ada,” katanya.

Enam pelawak terkenal tanah air yang terdiri daripada Jalil Hamid, Azlee Senario, Ajak Shiro, Atu Zero, Ali Puteh dan Mamak Puteh turut dilantik sebagai juri uji bakat dan akan bergilir-gilir untuk turun padang bagi mengadili sesi tersebut.

Selain itu, pelawak Chiwan dan Nizam Jentik-Jentik yang juga turut hadir untuk memeriahkan suasana sebagai hos uji bakat.

Bagi mengenal pasti bakat baharu, pihak produksi Awesome Raja Lawak akan menjelajah ke empat buah negeri di seluruh Malaysia untuk mengadakan sesi uji bakat terbuka.

Lokasi-lokasi yang bakal dikunjungi adalah seperti berikut:

TarikhLokasiNegeri
4 & 5 Jun 2022Berjaya MegamallKuantan, Pahang
11 & 12 Jun 2022Prangin MallGeorge Town, Pulau Pinang
18 & 19 Jun 2022Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada JohorJohor Bahru
25 & 26 Jun 2022Lembah Klang (akan dimaklumkan kelak)Kuala Lumpur/Selangor

Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia dan Singapura yang berumur 18 tahun ke atas dan peserta bebas memilih untuk menyertai pertandingan ini secara solo, duo atau trio. Setiap yang hadir juga perlu membuat persembahan pentas secara spontan untuk menarik perhatian juri dalam tempoh maksima tiga minit.

Awesome Raja Lawak bakal bersiaran di secara eksklusif di Awesome TV menerusi platform Astro (Saluran 123) dan MyTV (Saluran 112) bermula Julai kelak.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca