“Perjalananku kerana-Mu Ya Allah,” - Siti Nurhaliza tunai ibadah umrah
MENGAMBIL keberkatan hari-hari terakhir Ramadan, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah umrah pada Ahad.
Umrah kali ini menyaksikan Siti, 43, ditemani pengurus, Rozi Abdul Razak dan kakak iparnya, Datin Zaiton Mohd Jiwa.
Penyanyi lagu Lip Lap Raya itu berkongsi berita tersebut menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya dengan memuat naik video pendek bersama anak-anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa sebelum berangkat.
“Perjalananku kerana-Mu Ya Allah. Permudahkanlah dan jagalah keluargaku semua.
“Buat yang mengenali saya, maaf zahir batin dan doakan umrah saya berjalan lancar, diberi kesihatan yang baik serta pulang dengan sihat serta selamat,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Siti juga turut berkongsi beberapa keping foto sebaik sahaja tiba di Mekah dan mengharapkan agar urusan ibadahnya itu dipermudahkan.
"Ya Allah, kepada-Mu aku memohon dan bertawakal. Ya Allah, permudahkanlah urusanku, senangkanlah kesusahan perjalananku. Berikanlah rezeki kepadaku lebih banyak daripada yang aku minta, jauhkanlah daripadaku segala keburukan,” kongsi Siti di Instagram story.
Kali terakhir Siti menunaikan umrah pada 2019 bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, Siti Aafiyah dan pengasuhnya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang