AKTRES Hollywood, Lisa Bonet akhirnya memfailkan perceraian terhadap suaminya, Jason Momoa selepas 18 tahun mendirikan rumah tangga.

Bonet, 56, menfailkan permohonan tersebut di mahkamah selepas dua tahun mereka mengumumkan perpisahan.

Menurut dokumen mahkamah, Bonet menyatakan perselisihan faham berpanjangan antara mereka menjadi punca perceraian berkenaan.

Dalam tuntutan itu, bintang The Cosby Shown itu juga bersetuju untuk memberi hak penjagaan bersama terhadap dua anak mereka iaitu Lola dan Nakoa-wolf, masing-masing berusia 16 dan 15 tahun.

Pasangan terbabit juga bersetuju membahagikan semua aset mereka dengan adil.

Jason dan Lisa turut menjelaskan mengenai berita perpisahan tersebut di media sosial.

Baca juga:‘Kami tidak mungkin membenci.’ Jovian Mandagie, Nina Ismail Sabri bercerai, ikatan perkahwinan 10 tahun terlerai

Baca juga:Engku Emran, Noor Nabila sah bercerai talak satu. Sharnaaz, Erra mohon orang ramai tidak terlalu ambil tahu, hormat privasi

“Kita berdua merasai tekanan dan perubahan. Keluarga ini juga tidak terkecuali.

“Jadi di sini berkongsi berita bahawa kami akan berpisah,” katanya.

Pasangan ini bercinta sejak 2005 dan Jason pernah mendedahkan beliau mula tertarik dengan Bonet itu ketika menonton lakonan isterinya itu di televisyen.

Baca juga:Akhirnya; Syamsul Yusof, Puteri Sarah sah bercerai talak satu

Iklan

Ini merupakan perkahwinan pertama Jason dan kedua buat Bonet.

Dalam rekod, Bonet pernah berkahwin sebelum ini dengan Lenny Kravitz dari 1987 hingga 1993 dan dikurniakan anak perempuan, Zoë Kravitz, yang juga merupakan pelakon yang membintangi X-Men: First Class.

Sebelum berkahwin dengan Bonet, Jason pernah bertunang dengan pelakon Simmone Jade Mackinnon di set filem Baywatch pada tahun 1999.

Mereka bersama selama enam tahun, tetapi pertunangan terputus apabila Jason bertemu Bonet.

Iklan

Sumber: Daily Star

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang