IKATAN perkahwinan kakak Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor dan Engku Emran Engku Zainal Abidin akhirnya terlerai dengan talak satu selepas pasangan itu sah bercerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada pukul 12.50 tengah hari, 25 September.

Nabila menerusi akaun Instagramnya meluahkan apa yang dirasakan setelah perkahwinan kali ketiga yang dibina dua tahun lalu turut berakhir dengan perceraian.

“Jika bukan ditakdirkan untuk anda, berapa lama pun anda cuba pertahankannya, ia tetap tidak akan jadi milik anda.

“Sebab kita hanya merancang, tetapi DIA ada perancangan yang lebih baik.

“Semoga DIA membimbing, merawat dan mengisi hati saya dengan ketenangan,” ujarnya.

Baca juga: ‘Kami dalam proses bercerai.’-Noor Nabila, Engku Emran

Minggu lalu, Nabila mendedahkan bakal mengakhiri perkahwinannya bersama Engku Emran selepas lelaki itu menyatakan hasrat untuk tidak lagi meneruskan hubungan rumah tangga mereka.

Pasangan itu berkahwin pada 19 Mac 2021 dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Dalam pada itu, bekas suami Nabila, pelakon Sharnaaz Ahmad menyifatkan usahawan itu wanita yang tabah.

Baca juga: ‘Nabila berhak untuk mencari kebahagiaan dia sendiri’ – Sharnaaz

Baca juga: 3 wanita pernah singgah dalam hati Engku Emran, mungkinkah Noor Nabila yang terakhir?

SHARNAAZ AHMAD

Ujarnya, beliau yakin ibu kepada Jebat Jayden tidak mahu melalui proses penceraian lagi namun apakan daya ini adalah ujian yang sudah diatur Allah SWT.

“Mommy Jebat OK, insya-ALLAH jangan risau. Dia strong lady. Dia kena hadap benda-benda macam ini, bukan kita minta. Kita kena terima dalam hidup.

“Macam saya cakap tadi, Tuhan dah bagi macam-macam dekat kita. Dia bagi yang best, kita buat-buat tak nampak. Tapi dia bagi yang tak best, kita nampak pula. Tuhan tarik sikit, nak bagi kita pening,” ujarnya menerusi siaran langsung di Instagram.

Pelakon Polis EVO 3 itu juga berharap orang ramai tidak terlalu mengambil tahu perihal orang lain.

“Nanti Tuhan bagi sinar yang best. Sentiasa fikir positif saja. Kadang-kadang kita manusia ini, jangan menyibuk sangat hal orang. Hal kita pun Tuhan tulis, jangan terlampau keterlaluan nak kata macam-macam,” ujarnya.

Baca juga: ‘ALLAH kurnia 3 insan hebat.’ Engku Emran titip penghargaan wanita pernah berada di sisinya

Sementara itu, bekas isteri Engku Emran, Erra Fazira memohon agar privasi ayah kepada anaknya Engku Aleesya dihormati.

Aktres dan penyampai radio itu bersuara selepas namanya dikaitkan dengan perceraian bekas suaminya oleh sebuah page di Facebook.

Baca juga: Sudah berpisah tetap berbaik demi Jebat tersayang, Sharnaaz dan Nabila jadi inspirasi warganet

Iklan

Penyampai radio di Sinar FM itu menafikan telah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perangai sebenar Emran.

“Jangan macam ini. Nak sensasi pun, jangan buat fitnah! Saya tidak pernah memberi sebarang komen sebegini! Saya hormati privasi ayah kepada anak saya dan pasangan,” titipnya.

Dalam pada itu, Erra turut mengingatkan orang ramai untuk tidak begitu cepat menghukum kerana perjalanan hidup masing-masing belum pasti indah.

“Jangan persendakan perjalanan hidup seseorang bila mana kita sendiri tidak tahu nasib dan perjalanan kelak,” kongsinya.

Sharnaaz berkahwin dengan Noor Nabila pada 31 Mac 2017 namun berpisah pada Julai 2020.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden, 6.

Emran mendirikan rumah tangga kali pertama bersama pelakon dan pengacara Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 namun bercerai talak satu pada 17 Februari 2014.

Iklan

Menerusi perkahwinan ini, beliau dikurniakan seorang cahaya mata perempuan dinamakan Engku Aleesya yang kini berusia 14 tahun.

Baca juga: ‘Aleesya suka dapat adik, puji Jayden…’ – Erra Fazira

Baca juga: Lebih 20 hari rujuk, warganet gembira Diana Danielle & Farid Kamil kembali bersatu

Sumber: Sinar Harian (Aqmar Mustaza), Oh Bulan, Instagram Erra Fazira

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!