Priyanka Chopra, Nick Jonas timang anak menerusi khidmat ibu tumpang
PASANGAN selebriti popular, Priyanka Chopra dan Nick Jonas kini bergelar ibu dan bapa selepas mengumumkan kelahiran cahaya mata pertama mereka menerusi kaedah ibu tumpang.
Berita gembira itu diumumkan pasangan yang sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga itu menerusi laman Instagram masing-masing pada Jumaat.
“Kami sangat gembira untuk memaklumkan sudah memiliki bayi melalui ibu tumpang.
“Kami memohon privasi pada waktu ini untuk memberi fokus kepada keluarga. Terima kasih,” tulis pasangan itu.
Difahamkan, ibu tumpang tersebut melahirkan bayi berkenaan pada usia kandungan 27 minggu di Hospital Southern California.
Menjengah ruangan komen, ramai pengikut dan rakan selebriti yang menitipkan ucapan tahniah dan tumpang gembira buat pasangan ini. Malah hantaran tersebut mendapat lebih 2 juta tanda ‘suka’
Nick, 29, dan Priyanka, 39, mendirikan rumah tangga pada 1 Disember 2018 dan kini menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang