PUAS ajar anak sebutan untuk memanggil ibu, tapi tak juga menjadi. Malah, dipanggilnya ibu dengan panggilan nama.

Sudah pasti ibu bapa paling teruja apabila anak kecil sudah mula pandai bercakap atau sekurang-kurangnya menyebut beberapa perkataan.

Secara amnya, seorang kanak-kanak yang berusia dua tahun boleh menyebut sekitar 50 perkataan dan bertutur dalam ayat yang mengandungi dua hingga tiga patah perkataan.

Perbendaharaan kata mereka akan meningkat kepada hampir 1,000 perkataan apabila mencecah usia tiga tahun.

Pada usia ini anak sudah boleh bercakap dalam ayat dengan bilangan perkataan antara tiga hingga empat patah.

Seperti juga telatah seorang anak kepada pengacara, Dayah Bakar, yang berusia dua tahun namun sudah pandai menyebut perkataan yang mudah.

Dayah atau nama lengkapnya Nurhidayah Abu Bakar, 33, sering berkongsi di media sosial gelagat comel anaknya, Achbar Muhammad Fahri.

Baca juga “Hari lahir Ummi diiringi pemergian anak sulungnya.” – Abang Uyaina meninggal dunia

Pelbagai gelagat lucu anaknya dimuat naik ke laman Instangram mahupun TikTok dan sentiasa mencuri perhatian ramai.

Terbaharu, Dayah ada berkongsi sebuah video sempena usia anaknya ke dua tahun, memaparkan anak lelaki sulungnya itu memanggil dirinya.

Apa yang melucukan ramai, meskipun Dayah sudah beberapa kali mengajar anaknya untuk menggilnya dengan panggilan ibu, namun Fahri masih dengan sebutannya tersendiri.

Mana tidaknya, memanggil ibunya seperti memanggil kawan, Fahri memanggil Dayah dengan namanya buat ramai terhibur.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya geli hati dengan gelagat Fahri.

Ujar mereka;

“Tak tahu nak react ape. Nak gelak tapi macam kurang ajar pulak, aduh Fahri comella…”

“Hehe anak bertuah ni panggil ibu dia Dayah jeh kemain ye awak Fahri… comel sangat ni.”

Baca juga “Cantik betul Yong, cara senyum persis mummy.” Wajah terbaharu anak sulung Lisa Surihani raih perhatian

“Kena pakat-pakat kat rumah panggil Dayah,”ibu”. Insya-ALLAH dia akan ikut.”

“Cucu Dayah, cucu Dayah… Hahaha adoi wat lawak dik oiiii… dia panggil nama terus.”

“MasyaAllah tabarakallah. Geramnya dengar suara Fahri panggil Dayah.”

@dayahbakar Fahri 2 years old esok 🥹🤍 #fyp #fypシ #fypdongggggggg ♬ original sound – DayahBakar

Sementara itu, ini lima kaedah atau cara nak ajar anak cepat bercakap yang boleh kita amalkan;

1. Ibu ayah kena libatkan diri dengan aktiviti anak

Boleh mula beli pelbagai buku bacaan untuk dibacakan bersama-sama. Daripada mendengar bacaan kita, si anak tahu untuk menyebut nama sesuatu benda atau watak dalam buku yang dibaca.

2. Bercakap dengan penuh ekspresi muka

Tunjukkan ekspresi muka seperti teruja dan sebagainya ketika berbual bersama si anak.

Iklan

Selain itu, ibu bapa juga perlu sentiasa ada eye contact sewaktu bercakap dengan anak.

Dengan cara ini, anak akan lebih cepat ‘tangkap’ apabila melihat ekspresi muka dan juga gerak mulut ibu bapa.

Ini lebih berkesan jika ditambah dengan nada suara yang sesuai seperti intonasi yang ceria ketika bercakap.

3. Kurangkan penggunaan gajet untuk anak

Namun sebagai ibu bapa, adalah menjadi satu tanggungjawab untuk mengawal penggunaan gajet oleh anak-anak.

Boleh juga sesekali menonton video pada gajet dan berinteraksi bersama-sama anak.

Seeloknya hadkan waktu penggunaan gajet tidak lebih satu jam setiap hari untuk anak.

4. Guna perkataan yang pendek, betul dan jelas

Iklan

Gunakan perkataan yang pendek, betul dan jelas seperti ‘jom makan’ atau ‘jom eat’. Ini merupakan cara nak ajar anak bercakap yang betul.

5. Berikan anak masa untuk belajar

Ibu bapa tidak disarankan untuk terlalu memaksa atau menekan anak untuk belajar bercakap.

Ini kerana, anak akan mudah berasa stres dan tidak akan memberikan kerjasama yang baik. Oleh itu, jangan sesekali memaksa anak untuk menyebut sesuatu perkataan.

Kita perlu mengikut rentak anak ketika mengajar mereka, bukannya anak yang perlu mengikut rentak kita sebagai orang dewasa.

Jika kita mengikut rentak anak, anak akan lebih fokus, memberikan perhatian dan memahami apa yang disampaikan.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.