KORANG tahu tak Puteri Gunung Ledang (PGL) merupakan antara filem epik yang menelan belanja termahal yang pernah dihasilkan oleh penerbit tempatan?

Ya! Dengan kos sebanyak RM16.6 juta, Ia juga menjadi asas kepada persembahan teater muzikal dan ribuan meme Hang Tuah yang popular di media sosial.

Selepas 16 tahun usia filem tersebut yang mana tayangan awal dibuat sekitar 2004, ia kini dilaporkan akan dapat distrim pada platform penstriman Netflix bermula 26 November ini.

Pengumuman itu dibuat beberapa minggu selepas PGL versi suntingan penerbit distrim menerusi YouTube secara percuma dan kemudiannya versi tayangan pawagam ditawarkan secara penstriman berbayar oleh penerbit.

Filem yang dibintangi M Nasir, Tiara Jaquelina, Rahim Razali, Alex Komang dan Adlin Aman Ramli ini masih mempunyai ramai peminat berdasarkan reaksi di media sosial.

Puteri Gunung Ledang ditayang semula di Netflix, bakal ubat kekecewaan peminat

Selain memegang watak utama, Tiara Jacquelina turut menyanyikan lagu tema filem ini, bertajuk Asmaradana.

Iklan

Beliau juga terpilih sebagai pelakon wanita terbaik di dalam Festival Filem Asia Pasifik 2005. PGL merupakan satu kisah hikayat lama tentang percintaan tiga segi antara beliau, Hang Tuah dan Sultan Mahmud.

Selain itu, PGL juga telah memenangi 5 anugerah di Festival Filem Malaysia ke-18 dan menduduki tangga ke-49 dalam Kategori Filem Asing Terbaik di Anugerah Akademi Oscar 2004.

Iklan

Bagi mereka yang agak kecewa dengan versi penerbit yang menyunting banyak babak penting, versi Netflix ini akan menjadi pengubatnya.