Uyaina selamat bergelar isteri Raja Syahiran

A
A
A

PELAKON dan pengacara Uyaina Arshad, 29, sah bergelar isteri kepada penyanyi Raja Syahiran, 28, selepas selamat diijabkabulkan dalam majlis pernikahan di Colony by KLCC, pada jam 9.03 pagi Selasa.

Pasangan itu dinikahkan oleh abang Uyaina iaitu Mohd Attaful Uzair Arshad bersaksikan Pendaftar Penikahan Perceraian dan Rujuk Orang Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan, Mohd Abd Nasir Abdullah serta dua saksi.

Pada mjalis yang hanya dihadiri 100 tetamu jemputan itu, Uyaina menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan gelang tangan emas daripada Raja Syahiran.

Bagaimanapun tiada pertukaran barang hantaran dilakukan, manakala jumlah wang hantaran pula tidak dikongsikan atas permintaan keluarga kedua-dua belah pihak.

Uyaina atau nama lengkapnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad meluahkan rasa syukur apabila majlis yang dirancang berjalan lancar selepas berdepan pelbagai cabaran sebelum ini.

Uyaina dan Raja Syahiran memilih Eropah sebagai destinasi bulan madu. - FOTO: CST Production

Menurut pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu, perancangan majlis yang dilakukan sejak beberapa bulan lalu itu berlaku banyak pertukaran disebabkan prosedur operasi standard (SOP) yang sentiasa berubah-ubah, termasuk musibah banjir yang melanda negara sejak beberapa hari lalu.

Berkongsi tentang percutian bulan madu, Uyaina berkata, dia dan Syahiran atau nama sebenarnya Raja Azhanrianshah memilih Eropah sebagai destinasi pilihan. Bagaimanapun hasrat tersebut ditangguhkan sementara disebabkan penularan varian baharu Covid-19.

“Buat masa ini, kami bercadang melawat keluarga dan saudara-mara yang tidak dapat menghadiri majlis pernikahan.

“Kami mahu perkenalkan diri kepada keluarga besar masing-masing,” katanya.

Pasangan selebriti ini mula berkenalan pada tahun 2019 menerusi sebuah program terbitan Astro.

 

(FOTO: CST Production)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca