Ralit terpilih sebagai lagu tema J2: J Retribusi

J2: J Retribusi
J2: J Retribusi
A
A
A

BERSEMPENA pelancaran eksklusif filem J2: J Retribusi di Disney+ Hotstar mulai 1 Jun depan, Monkey Bone dengan kerjasama Primeworks Studios, Infinitus Productions, TGV Pictures dan Sunstrong Entertainment, melancarkan lagu tema filem ini, berjudul Ralit.

Lagu rap ciptaan Ming dan Wolfy yang dinyanyikan oleh Tuju dan turut menampilkan Malik Abdullah itu secara rasminya dilancarkan di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Deezer, Joox, KKBox, YouTube Music dan iTunes pada Jumaat.

Tuju meluahkan rasa syukur dan besar hatinya apabila dineri peluang untuk bekerjasama dengan produksi filem J2: J Retribusi.

Ralit diilhamkan daripada penceritaan J2: J Retribusi di mana seorang hero berada dalam keadaan genting dalam masa semakin suntuk menyelamatkan orang yang disayanginya.

“Saya berharap penonton dan peminat muzik dapat menghayati setiap bait lirik lagu ini bersama penceritaan di sebalik filem yang hebat ini. Terima kasih atas peluang ini,” kata Tuju.

Sementara Ketua, Pengedaran dan Pemasaran Filem, Liz Chong pula melihat kolaboratif tersebut sebagai langkah tepat dalam usaha mempromosikan filem tersebut.

“Ia sebuah kerjasama yang sangat mudah apabila kami sebulat suara dapat menyatukan mereka dalam sebuah lagu di mana sebelum ini kami pernah bekerjasama bersama Malik Abdullah untuk runut bunyi Ejen Ali The Movie untuk lagu Kita Jaga Kita.

“Kami sentiasa menghargai perjalanan muzik Tuju dan K-Clique. Oleh itu besarlah harapan kami kepada peminat dan penonton akan menikmati trek yang hebat ini,”, ujarnya.

J2: J Retribusi, sebuah filem sekuel blockbuster yang dinanti-nantikan selepas kejayaan filem pertamanya, J Revolusi.

Muat turun aplikasi Disney+ Hotstar di peranti Android dan iOS mulai 1 Jun 2021. Untuk info lanjut, sila layari DisneyPlusHotstar.my.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca