Anak bongsu menyusul selepas pemergian isteri dan anak sulung, Ramadan dan Aidilfitri terasa ‘kosong’

KEHILANGAN insan tersayang terutama dikala menyambut bulan yang mulia ini benar-benar memberikan impak dalam kehidupan seseorang. Hilang keceriaan dan kegembiraan untuk menyambut Syawal nanti.
Selepas kehilangan isteri tercinta dan anak sulung dalam kemalangan pada bulan lalu, seorang bapa sekali lagi berdepan ujian berat apabila anak bongsunya meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu semalam.

Tun Nur Ufaira Afifa Tun Mohd. Khairul, 9, yang bertarung nyawa sejak 13 Februari lalu menghembuskan nafas terakhir di sisi ayahnya. Lebih menyedihkan, anak ini ‘pergi’ selepas genap sebulan pemergian ibu dan kakaknya akibat kejadian kemalangan tersebut.
Sebelum ini, media melaporkan, dua beranak meninggal dunia di lokasi kejadian apabila terlibat dengan kemalangan di Kampung Kepah, Kuala Berang, Hulu Terengganu pada 13 Februari lalu.
Mangsa yang merupakan isteri dan anak sulung kepada Tun Mohd Khairul Tun Arifin, 39, dilaporkan menaiki motosikal dan baru pulang dari kedai menuju ke rumahnya.
Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah Produa Axia dinaiki lima pelajar lelaki politeknik telah hilang kawalan ketika melalui selekoh lalu memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal dinaiki mangsa.

Nursaidatul Aishah Zakari, 36, bersama anak sulungnya, Wan Nur Izara Aina Tun Mohd Khairul, 12, maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi mangsa, Tun Nur Ufaira Afifa Tun Mohd Khairul, 9, cedera parah.
Kehilangan isteri dan anak-anak dalam jangka masa yang dekat merupakan ujian berat buat seorang suami dan ayah apatah lagi mereka sudah pun merancang untuk memasuki rumah baru sebelum Aidilfitri menjelang tiba.
Semua itu hanya tinggal kenangan. Namun, sebagai manusia biasa, dia reda dan menerima ketentuan ALLAH ini.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang