Wanita mengidam lauk kenduri, suami nekad bawa isteri majlis kahwin tak dikenali undang kecaman. 'Kita bagi 'salam kaut' kot...'

No Image Caption
A
A
A

KEBANYAKAN ibu mengandung akan melalui fasa mengidam yang kadang kala sukar difahami. Namun, di sinilah peranan suami menjadi sangat kritikal apabila sanggup meredah panas dan hujan demi memenuhi keinginan isteri yang sedang membawa zuriat mereka.

Situasi ini turut dialami oleh satu pasangan di negara seberang, apabila si isteri meluahkan keinginan untuk makan makanan di majlis kenduri kahwin sejurus bangun dari tidur.

Disebabkan tiada ahli keluarga atau rakan yang melangsungkan perkahwinan pada hari tersebut, si suami nekad membawa isteri yang sedang hamil mencari kenduri orang yang tidak kenali.

Walaupun tindakannya itu dilihat romantik dan penuh pengorbanan, ia tetap mengundang kecaman ramai. Warga maya berpendapat bahawa adalah haram untuk hadir dan makan di majlis perkahwinan tanpa jemputan daripada tuan rumah.

Dalam video yang dikongsikan di Instagram @orang2ngidam, pasangan ini cuba menenangkan netizen dengan menjelaskan bahawa mereka telah memberikan 'salam kaut' sebagai tanda hormat dan timbal balas kerana menjamu selera di majlis berkenaan tanpa izin.

Artikel Berkaitan:

"Tenang semua, kita bagi 'salam kaut' kot," katanya.

Namun, perjelasan tersebut masih mencetuskan perdebatan di kalangan warga maya yang berpendapat bahawa matlamat tidak menghalalkan cara.

Selari dengan kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, adalah haram hukumnya bagi seseorang menghadiri majlis kenduri tanpa dijemput atau tanpa keredaan tuan rumah menurut Mazhab Syafi'e.

Bagaimanapun, penulis berpendapat mungkin pasangan ini telah mendapatkan keizinan daripada tuan rumah terlebih dahulu sebelum menikmati hidangan tersebut, dengan menjelaskan hasrat si isteri yang sedang mengandung.

Jika benar, maka tindakan pasangan ini tidaklah melanggar adab dan hukum seperti yang didakwa oleh segelintir netizen.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang