"Repair otak jap" - Adibah Noor pula diserang sakit lumpuh pada wajah

"Repair otak jap" - Adibah Noor pula diserang sakit lumpuh pada wajah
"Repair otak jap" - Adibah Noor pula diserang sakit lumpuh pada wajah
A
A
A

BARU-BARU ini, pelakon Faye Kusairi berkongsi mengenai dirinya yang diserang penyakit yang dikenali sebagai bell’s parsy sehingga menyebabkan kelumpuhan pada sebahagian wajahnya.

Kali ini, seorang lagi penyanyi Adibah Noor tampil membuat perkongsian turut diserang penyakit yang sama.

Menerusi posting di laman Instagram miliknya, pelantun lagu Terlalu Istimewa itu memuat naik satu foto beserta kapsyen "repair otak jap hehe #bellspalsy #roadtorecovery"

Menjengah ruangan komen rata-rata pengikutnya mendoakan kesihatannya yang terbaik dan ada yang turut berkongsi petua.

Sementara itu, Pengamal Perubatan Otorinolaringologi Telinga, Hidung dan Tekak, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Ezairy M Sallih berkata, Bell’s Palsy adalah satu keadaan kelemahan otot muka disebabkan oleh inflamasi pada urat muka. Urat saraf kranial nombor tujuh.

"Ia berlaku secara tiba-tiba, biasanya di sebelah muka. Faktor penyebabnya masih kurang jelas.

"Majoriti pesakit pulih dalam tempoh beberapa minggu ke dua hingga tiga bulan," tulisnya di Facebook.

Baca juga Kemenangan dipertikai, Siti Nordiana tak melatah

Katanya, sesiapa sahaja boleh mendapat Bell’s palsy dan kesannya kepada kedua-dua lelaki dan wanita adalah sama.

Apa rawatannya?

1. Kebiasaannya, pesakit bell’s palsy akan sembuh dengan bantuan fisioterapi pada kawasan muka.

2. Apabila pesakit dirujuk kepada saya, saya akan segera memberikan ubat sesuai kepada pesakit.

3. Pada masa sama, rujukan kepada fisioterapi perlu dilakukan juga.

4. Latihan ini bukan sahaja dilakukan semasa di hospital, bahkan juga ketika di rumah.

5. Kaedah urutan muka seperti yang disaran oleh doktor dan fisioterapi boleh juga dilakukan.

6. Selain itu, pesakit juga akan dinasihat untuk menutup bahagian mata dengan kain ketika tidur bagi mengelakkan komplikasi lebih buruk pada mata.

SinarPlus doakan yang terbaik untuk Faye Kusairi dan Adibah Noor akan pulih kembali.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca