PELAKON Izreen Azminda dalam satu hantaran berkongsi berita gembira kini hamil anak keempat.

Perkongsian itu dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya.

Baca ni Tiada daya saya untuk memuaskan hati semua pihak – Izreen Azminda kongsi luahan hati

izreen

“Alhamdulillah rezeki lagi ALLAH nak bagi tahun ni. Ali jangan teriak nak, awak pun dah nak jadi abang,” ujar aktres berusia 38 tahun itu.

DOA ITU SENJATA

Dalam hantaran yang sama, beliau turut menitipkan doa kepada wanita yang tengah berusaha untuk mendapatkan cahaya mata.

Baca juga ‘My second baby girl…’. Comelnya anak kedua Izara Aishah, nama ringkas jadi perhatian

izreen

“Bagi yang tengok gambar ni, kami doakan buat kamu semua pejuang-pejuang TTC (trying to conceive) supaya dikurniakan malaikat kecil satu hari nanti insya-ALLAH. Doa itu senjata,” ungkap Izreen menerusi kapsyennya.

Dalam hantaran yang disertakan sekeping gambar bersama anak-anaknya, baby bump isteri kesayangan Ude itu jelas kelihatan.

Baca lagi ‘Terima kasih kahwin dengan saya, tahniah jadi pemenang.’ Farah Lee dedah detik awal kenal suami

izreen

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai.

Rata-rata warga maya mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga dipermudahkan proses kehamilannya:

Alhamdullilah..Tahniah…nampak perut macam baby girl.’

‘Congrast sister 🩵

‘Tahniah ampa, semoga selamat semuanya🤍

Iklan

‘Tahniah sahabat, semoga dipermudahkan semuanya..aku nampk baby dalam perut tu senyum lebar.’

Baca juga ‘Meriahnya, hari jadi macam hari raya. Suka tengok.’ Surprise sempena hari lahir, reaksi Ustaz Azhar Idrus bikin ramai terhibur!

Sekadar info, Izreen mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Ude atau nama sebenarnya Muhamad Radzi Abdul Wahid pada Ogos 2017.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aaron Ibrahim dan Ali Idrees.

Terdahulu, beliau pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza dan telah dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Adrian Umar.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!