COMELNYA anak kedua pelakon, Izara Aishah ini. Berkulit putih gebu, buat pertama kalinya aktres Vanila Coklat itu berkongsi nama bayi perempuannya sejak dilahirkan Oktober lalu.

Memuat naik gambar puterinya sedang menyusu yang dirakam dari sisi kanan, pelakon jelita kacukan Pakistan-Melayu mendedahkan nama yang diberikan.

Baca juga: Tahniah! Izara Aishah selamat melahirkan bayi perempuan kedua. Sure, comel macam kakaknya!

Baca juga: Padam semua gambar lama, Izara Aishah kini tampil bertudung

Baca juga: Izara Aishah jijik dengan manusia yang mengutuk, menghina bayi

“My second baby girl, Amara Amina,” titipnya.

 

Tidak menyembunyikan wajah bayi seperti kebanyakan selebriti lain, menantu penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza itu beberapa kali berkongsi wajah Amara.

Walaupun nampak ‘sipi-sipi’ sahaja, perkongsian Izara itu membuatkan warga maya teruja. Tidak kurang juga yang memuji kecomelan dan kecantikan nama.

– “Subhanallah Comel sangat.”

– “Masy-ALLAH cantiknya, assalamualaikum Amara.”

– “Sedapnya bau baby. Tahniah. Moga membesar jadi anak solehah, penyejuk mata dan penawar di hati ibu ayah.”

– “Cantiknya nama Amara Amina. Ringkas dan sedap didengar.”

– “Dari tepi pun dah comel. Hai Amara Amina Amara.”

Iklan

Baca juga: Dedah wajah anak, Izara Aishah dan suami pilih nama Irisa Alaia

Baca juga: Bersalin bulan depan, Izara Aishah sarat hamil anak kedua kongsi foto baby bump, lerai teka teki warganet

Pemenang tempat kedua Dewi Remaja 2009/2010 itu terdahulu berkongsi berita kehamilan pada September 2023.

Iklan

Izara atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin berkahwin dengan Muhammad Adib Khalid pada 17 November 2017.

Selain Amara, mereka dikurniakan anak sulung bernama Irisa Alaia yang kini berusia empat tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!