Rezeki anak ramai, Ayu Raudhah kini hamil cahaya mata ketujuh

A
A
A

PELAKON Ayu Raudhah mendedahkan beliau kini sedang hamil anak ketujuh. Perkara itu dikongsikan oleh kakaknya, dramatis Rozita Che Wan menerusi sebuah video di TikTok yang dimuat naik pempengaruh media sosial, Rosix Omar.

Rozita yang lebih mesra disapa Che Ta dalam nada berseloroh mendedahkan adik kesayangannya itu kini sedang berbadan dua.

"Pantang lepa orang Kedah kata. Tak mengapalah mereka masih muda. Malah, doktor pun seolah-olah memanggil supaya beranak setiap tahun.

"Kalau doktor nampak bayang kami (Che Ta), mungkin dia jegil," titip Che Ta menimbulkan kelucuan.

Baca juga: 'Satu tertutup, pintu rezeki lain masih terbuka.' Sedih kontrak ditamatkan, kini suami Ayu Raudhah kongsi berita gembira

Baca juga: Doktor sedut cecair keluar darah, Zaquan Adha diuji cedera ligamen lutut, Ayu Raudhah setia di sisi

Kepada portal OhBulan, Ayu mendedahkan usia kandungannya sudah memasuki tujuh bulan.

"Alhamdulillah iya betul, saya sedang hamil. Segan sebenarnya nak bercerita panjang, iya lah anak ketujuh kan. Sekarang dah masuk tujuh bulan.

"Perut pun dah besar tak boleh nak sorok. Siapa perasan itu, mereka perasan lah. Minta semua doakan yang baik-baik ya.

"Kepada peminat yang sentiasa ingat saya itu, saya ucap terima kasih banyak-banyak," kata pemilik nama Raudhah Che Wan @ Abu Bakar.

Baca juga: 'Menu simple, nasi tetap makan.' Maintain cantik bergaya walau punya anak ramai, ini rupanya rahsia adik Che Ta tampil langsing

Baca juga: Ayu Raudhah selamat bersalin anak keenam, Zaquan Adha ucap terima kasih

Baca juga: Menyepi dalam bidang seni, Ayu Raudhah kini beralih arah

Meniti usia 39, isteri kepada bekas pemain bola sepak Zaquan Adha itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang alahan.

"Saya memang tiada alahan sangat pun. Sejak hamil anak pertama lagi, sangat jarang ada alahan yang teruk atau aneh-aneh.

"Insya-ALLAH, baby akan dilahirkan pada hujung bulan tujuh (Julai)," katanya.

Baca juga: Seronok anak ramai tapi biarlah jarak 2 tahun, fikir 6 perkara penting ini sebelum hamil lagi

Untuk rekod, Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah.

Hasil perkahwinan selama 13 tahun, mereka dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser. Muhammad Aisy Arya, Laura Zuleykha, Muhammad Aisy Al-Khaliq, Muhammad Aisy Al- Jibreel dan cahaya mata keenam yang kini berusia setahun.

Sumber: TikTok, OhBulan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca