SUAMI pelakon Ayu Raudhah, Zaquan Adha Abd Radzak baru-baru ini menjadi perhatian warga maya susulan luahannya ditamatkan kontrak sebagai pemain dan kapten pasukan bola sepak Negeri Sembilan FC (NSFC).

Dalam perkembangan terkini, pemain berusia 36 tahun itu memuat naik video sedang menandatangani dokumen bersama seorang wanita memberi bayangan sudah menerima tawaran baharu.

“Di antara hikmah tertutupnya satu pintu rezeki ,maka akan terbuka pintu rezeki lain nya.

“Jika ALLAH (dengan hikmah-NYA) berkehendak menutup salah satu jalan rezekimu, DIA pasti(dengan rahmat-NYA)membuka jalan lain yang lebih bermanfaat bagimu,” kongsinya.

Baca juga: Ayu Raudhah selamat bersalin anak keenam, Zaquan Adha ucap terima kasih

Baca juga: Doktor sedut cecair keluar darah, Zaquan Adha diuji cedera ligamen lutut, Ayu Raudhah setia di sisi

Terdahulu, beliau yang juga bekas kapten Harimau Malaya mengucapkan selamat tinggal kepada arena bola sepak negara selepas hampir dua dekad menabur bakti dalam Liga Malaysia.

Dalam satu temu bual penuh beremosi bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Zaquan Adha, dengan penuh kehibaan, berkata: “Inilah lumrah sebagai pemain bola sepak.”

Baca juga: Pertambahan usia jadi faktor masalah tulang rawan & sendi rosak. Ambil peduli petanda-petandanya

Baca juga: Pilih nama Muhammad Aisy Al Jibreel, Ayu Raudhah, Zaquan Adha dedah wajah anak kelima. Masa lahir hanya 1.94kg!

Dakwa bapa kepada enam cahaya mata itu, pasukan Negeri Sembilan telah turun berlatih seminggu namun beliau tidak dapat apa-apa makluman daripada pihak pengurusan sebelum ini.

Lebih memilukan, Zaquan mendakwa hanya menerima sekeping surat menyatakan kontraknya tidak disambung pada malam Ramadan pertama.

Ditanya mengenai perancangannya Zaquan ingin kembali bersama pasukan Negeri Sembilan dan seboleh-bolehnya mengakhiri karier bola sepak bersama pasukan itu sebagai jurulatih.

Baca juga: ‘Menu simple, nasi tetap makan.’ Maintain cantik bergaya walau punya anak ramai, ini rupanya rahsia adik Che Ta tampil langsing

Iklan

Baca juga: Menyepi dalam bidang seni, Ayu Raudhah kini beralih arah

Zaquan juga berkata akan bersara dan tidak akan sertai pasukan lain untuk bermain.

Terdahulu, pemain Harimau Malaya dari 2007 sehingga 2019 itu mengalami kecederaan serius pada bahagian lutut.

Kecederaan yang dialami Zaquan melibatkan ligamen penting iaitu anterior cruciate ligament (ACL) dan merupakan salah satu dari empat ligamen yang terlibat untuk kestabilan sendi lutut.

Iklan

ACL merupakan ligamen yang sering tercedera bagi pemain bola sepak, ragbi, bola jaring, bola keranjang, tenis, bola tampar, hoki dan lain-lain yang seumpamanya.

Sumber: zaqone_08

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!