BERKAT rezeki daripada jualan gula-gula anaknya, Tiara Candy, pelakon komedi, Achey membeli kenderaan pelbagai guna (MPV) dan menjadikan ia van jenazah untuk kegunaan secara percuma bagi pihak yang memerlukan.

Menurut Achey, ia adalah pencapaian jualan perniagaan puterinya hasil sokongan daripada warga maya yang membeli.

“Ini adalah achievement anak bernama Nur Tiara Zinnirah dan anda yang menyokong Tiara Candy.

“Semoga semua dapat merasa hasilnya,” ujar Achey yang berkongsi video memaparkan kenderaan berupa KIA Carnival berwarna hitam yang tertera ‘Van Jenazah’ dan ayat-ayat suci al-Quran.

Menurut Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, selain perkhidmatan mengambil dan menghantar jenazah tanpa sebarang bayaran kepada golongan kurang berkemampuan, pihaknya juga menyediakan set kain kafan percuma.

Baca juga: 21 juta likes, 3,000 pek sold out 2 jam, kecil lagi pandai bisnes, Achey & isteri dorong Tiara berniaga

“Walaupun kenderaan terpakai, kami percaya ia membantu.

“Peti jenazah belum siap, jadi belum beroperasi lagi. Insya-ALLAH kami cuba secepat mungkin.

“Untuk cover perjalanan yang dekat, insya-ALLAH. Doakan kami dapat sediakan van jenazah lagi untuk kawasan-kawasan yang memerlukan,” titip Achey.

Baca juga: Rawatan IVF sampai ke fasa penting, ramai titip doa buat Achey, isteri

Biarpun tidak sampai sebulan beroperasi, perniagaan menerusi platform TikTok Shop itu menunjukkan rekod jualan yang tinggi.

Sebelum ini, jualan Tiara Candy pernah mencatat 21 juta tanda suka dan 3,000 pek terjual dalam tempoh dua jam.

Baca juga: [VIDEO]Percuma! Khiriah sedia khidmat mandi, kafan, solat jenazah hingga urusan di tanah kubur

Warganet sebak dan menjadikan perkongsian Achey sebagai inspirasi.

Ramai yang mendoakan agar keluarga itu dikurniakan rezeki melimpah ruah pada masa hadapan.

Iklan

– “Allahuakhbar, apa yang Achey buat memberikan saya inspirasi. Saya berjanji akan buat sama seperti ini, keluarkan duit ke jalan ALLAH.”

– “Subhanallah, Alhamdullillah. Pahala yang sentiasa mengalir untuk Achey dan famili.”

– “Terbaik Achey, semoga dipermudahkan urusan dan dilimpahkan rezeki selalu.”

– “Moga murah rezeki Achey sekeluarga, pahala akan sentiasa mengalir selagi ada yang menggunakan van ini.”

– “Alhamdulillah, tahniah Tiara Candy.”

Iklan

Baca juga: [VIDEO] Wanita Tionghua ‘review’ van jenazah buat ramai kagum. Perincian yang dibuatnya sangat ringkas, tapi jelas

Sumber: Achey Kintang Kintung

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!