Saingan hebat di ASA2022 - Hilal Azman, Nabila Huda dan Noor Khiriah antara yang julang kemenangan

A
A
A

MALAM pertama Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA2022) berlangsung meriah menerusi penyampaian 37 anugerah merangkumi anugerah televisyen dan radio

yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya (PICC) pada Sabtu.

Pelakon Hilal Azman dan Nabila Huda membuktikan kualiti lakonannya berada di tahap terbaik apabila dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki TV Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita TV Terbaik, masing-masing menerusi drama Amanat dan Jeti yang disiarkan di TV3.

Sementara itu, Noorkhiriah yang kali terakhir menjulang anugerah lebih 10 tahun lalu itu kembali mendapat pengiktirafan menerusi anugerah Pelakon Komedi TV Terbaik yang dimenangi daripada drama Madu (TV Okey).

Bagi kategori Drama Bersiri TV Terbaik pula dimenangi Dukun Diva (Astro Citra), sekali gus mengetepikan calon-calon lain yang turut tampil dengan kualiti naskhah terbaik.

ASA2022 yang dianjurkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) dengan tema Kemuncak Kecemerlangan itu diadakan selama dua malam menerusi penyampaian 72 kategori iaitu 43 kategori TV, 22 kategori radio dan masing-masing satu Anugerah Khas Juri dan Tokoh Anugerah Seri Angkasa.

Anugerah berprestij itu menyaksikan setiap pemenang membawa pulang trofi berserta wang tunai RM5,000.

Acara pada malam pertama ASA 2022 menampilkan pengacara Awal Ashaari dan Jeed Zulkefli, manakala malam kemuncak yang akan berlangsung pada malam ini pula menyaksikan gandingan pengacara Fara Fauzana, Terrence Dass dan Enn Xaviera.

 

SENARAI PEMENANG ASA2022 (MALAM PERTAMA)

ANUGERAH TV

1. Drama Bersiri TV Terbaik

Dukun Diva (Astro Citra)

2. Pelakon Pembantu Lelaki TV Terbaik

Hilal Azman – Amanat (TV3)

3. Pelakon Pembantu Wanita TV Terbaik

Nabila Huda – Jeti (TV3)

4. Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik

Phua Chandler - Howdy My Friends (Astro Xiao Tai Yang)

5. Pelakon Komedi TV Terbaik

Noorkhiriah - Madu (TV Okey)

6. Bicarawara TV Terbaik

Lambaian Tidak Kesampaian (TV3)

7. Rancangan Agama TV Terbaik

Al Qariah (TV Al Hijrah)

8. Rancangan Sukan TV Terbaik

Aksi - Episod 1 (TV1)

9. Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik

Ustaz Kartun Dan Robojim (TV Al-Hijrah)

10. Animasi Tempatan TV Terbaik

The Five Elves: A New World (Astro Xiao Tai Yang)

11. Candawara (Gameshow) TV Terbaik

Panggung Memori (Astro Warna)

12. Rancangan Realiti TV Terbaik

Hijrahkan Laguku (TV Al Hijrah)

13. Promo TV Terbaik

Lagu Cinta Kita 3 – Ahmad Shahril Osman (TV3)

14. Montaj TV Terbaik

Fatkhul Aarif Hilaluddin – Berita Perdana (RTM)

15. Pengulas TV Terbaik

Rasdi Jumaat – Laporan Harian Sukan Olimpik Tokyo 2020 (TV Okey)

16. Liputan Berita TV Terbaik

Faris Izzat Shahrudin & Andy Reza Rohadian (RTM)

17. Laporan Khas Berita TV Terbaik

Kajang Bypas: Lebih Raya Atau Pusara – Mohammad Hilmi Hj. Ab Malik (Astro Awani)

18. Suntingan Rancangan TV Terbaik

Izhar Masuri - Capa Rengat Gulai Rawo (TV1 RTM)

19. Set TV Terbaik

Mohamad Izwan Munshid – Halaqah 2020 (TV3)

20. Tatarias TV Terbaik

Azri Haji Seman – Yang Tersembunyi (TV Okey)

21. Grafik TV Terbaik

Muhammad Aqil Aiman – Imbauan 2020 (TV9)

22. Kesan Khas TV Terbaik

Tuan Nazraififie Abdul Rahman – Halaqah 2021 (TV3)

ANUGERAH RADIO

1. Pelakon Pembantu Lelaki Radio Terbaik

Sofi Jikan (Nasional FM)

2. Pelakon Pembantu Wanita Drama Radio Terbaik

Kuna Muzani. Drama: Prihatin Tandanya Sayang (Selangor FM)

3. Majalah Radio Terbaik

Untukmu Malaysia (Nasional FM)

4. Dokumentari Radio Terbaik

Cabaran Pendidikan Norma Baharu (Nasional FM)

5. Bicarawara Radio Terbaik

Mukjizat Teragung (Salam FM)

6. Rancangan Interaktif Radio Terbaik

Dondang Sayang Warisan (Melaka FM)

7. Rancangan Agama Radio Terbaik

Tanyalah Ustaz Suffan (Sandakan FM)

8. Anugerah Promo Radio Terbaik

Promo Pentas (Best FM)

9. Pengulas Radio Terbaik

Rosdi Omar (Nasional FM)

10. Penyampai Berita Radio Terbaik

Tan Xin Rui (988)

11. Buletin Radio Terbaik

Utama Waktu Ini (Bernama Radio)

12. Liputan Berita Radio Terbaik

Lintas Langsung Tinjauan Pasca Banjir Sungai Telemong (Bernama Radio)

13. Drama Pendek Menerusi YouTube Rasmi Terbaik

Kampung Malar Deepavali (Astro Gempak)

14. Sketsa Pendek Menerusi YouTube Rasmi Terbaik

Syawal Pertama (Asyik FM)

15. Pesanan Khidmat Masyarakat Menerusi YouTube Rasmi Terbaik

YouTube Buletin TV3

(KREDIT FOTO: Jabatan Penerangan Malaysia)

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca