‘Sakit sampai nak hantuk kepala ke dinding.’ Zarina Zainuddin derita sinus, migrain teruk, kecewa dituduh ubah ciptaan Tuhan
SAKIT kepala teruk hingga ingin menghantukkan kepala ke dinding, demikian cerita pelakon Zarina Zainuddin yang mengalami sinus dan migrain teruk. Tampil memberikan penjelasan selepas pelbagai spekulasi dan tuduhan melulu berkaitan perubahan pada wajah, beliau kecewa dituduh ubah ciptaan Tuhan.
Pelakon Ringgit Kasorrga itu mengakui pilu atas tohmahan yang dilemparkan. Enggan berterusan menjadi mangsa keadaan, ibu kepada lima cahaya mata berkenaan memberi penjelasan di Instagram.
”Anda tidak tahu keadaan saya, saya sebenarnya mempunyai masalah sinus yang teruk dan migrain. Sampai tahap saya rasa seperti hendak buka tudung, tidak larat kerana sangat sakit.
“Apabila kita memakai tudung dan anak tudung, kepala saya sangat (sakit) migrain. Selepas berjumpa doktor dan jalani pembedahan keluarkan bendalir (pada bahagian tepi hidung), anda akan nampak ada kesan pada bahagian ini (Zarina menunjukkan kesan bengkak pada pipi dan di bawah mata).
Baca juga: Perlukah masalah sinus saya ini dibedah?
“Jadi doktor buka (membedah) hidung. Ingat saya hendak hidung begini? Hidung saya sudah cantik dahulu. Sebab saya ada masalah yang selalu buat sakit kepala, tidak mampu buat kerja, tidur, tidak boleh bercakap dan rasa hendak marah orang, saya memutuskan untuk menjalani (pembedahan) atas sebab kesihatan.
“Kepada sesiapa yang tidak tahu-menahu, jangan komen sesuka hati ya. Kepada yang komen sesuka hati jumpa saya di akhirat nanti. Kalau lihat betul-betul, anda akan tahu. Ingat saya hendak hidung begini. Ini masih bengkak lagi, jadi saya bersabar sahajalah,” tutur Zarina sebak.
Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Budak Tebing itu menjelaskan pada masa tertentu menitiskan air mata dan mahu menghantukkan kepada ke dinding kerana terlalu sakit.
Malah kata Zarina, anaknya Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) turut mengalami sinus dan migrain.
“Azal pun alami masalah yang sama tetapi saya tidak sanggup untuk biarkan diri dia dibedah sebab keadaannya begitu. Dia cuma makan ubat sahaja.
“Saya terima keadaan diri saya begini dan jika anda sayangkan saya tolong doakan saya. Sedapnya cakap, hati orang terluka korang boleh ketawa ya,” luah Zarina terkilan.
Warga maya rata-rata memberikan sokongan buat Zarina dan berharap wanita berusia 52 tahun itu pulih seperti sedia kala.
Baca juga: Legakan bersin pagi, doktor kongsi petua, hanya guna bawang putih dan air
-“Usah layan itu semua. Ramai lagi yang faham dan sayang anda. Kami sentiasa doakan anada. Moga semua dipermudahkan super mama.”
-“Kak Ina faham sinus itu. Hendak buat kerja apa pun tidak boleh kalau masa serangan, moga cepat sembuh Kak Ina.”
-“Akak sabar, mulut manusia jahat. Sabar ya, saya tahu akak memang cantik semula jadi.”
-“Allahuakbar. Aku doakan semoga rasa sakit hati terkilan Ina itu Allah gantikan dengan ladang pahala untuk Ina yang dikutip daripada mulut-mulut menuduh tanpa memikirkan perasaan orang lain sehingga timbul fitnah.
-“Sabar kak, sakit penghapus dosa dan ini ujian untuk kita dunia ni. Saya juga ada masalah ini, tahu bagaimana rasanya. Moga kakak kembali sihat.”
Baca juga: Sengsaranya kalau ada resdung, ini tindakan penting dan segera perlu anda lakukan!
10 Info Radang Sinus (Resdung)
1-Sinus adalah rongga berisi udara pada tengkorak yang dilapisi oleh membran. Membran ini mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada rongga hidung.
2-Radang sinus adalah keadaan di mana terjadinya jangkitan atau radang pada lapisan membran pada rongga sinus.
3-Radang sinus sering bpleh terjadi kepada semua peringkat umur termasuk kanak-kanak. Ia terbahagi kepada dua keadaan iaitu radang sinus akut dan radang sinus kronik.
4-Antara agen penyebab radang ini ialah, virus, bakteria, kulat atau agen penyebab radang seperti alahan, iritasi kimia dan ketumbuhan dalam hidung (polyp).
5-Gejala radang sinus adalah seperti hidung tersumbat, batuk, sakit kepala atau muka, jerawat pada muka, selesema berpanjangan, hidung berbau busuk, demam, letih dan lesu, hilang deria rasa dan bau, batuk teruk pada waktu malam.
6-Radang sinus diklasifikasikan bahaya apabila penghidapnya mengalami sakit kepala kronik, bisul pada sinus maxilar, sinus frontal dan sinus ethmoidal.
Baca juga: Jangan tahan bersin, boleh cederakan organ dan saluran darah
7-Bagi radang sinus kronik, rawatan steroid nasal spray bagi mengurangkan bengkak dan radang, antihistamin dalam boleh digunakan.
8-Pembedahan endoscopic akan disarankan bagi mencuci dan melebarkan saluran sinus.
9-Bagi penghidap radang sinus, penting untuk mengetahui pencegahannya. Hindari haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing dan menggunakan pembersih vakum yang menggunakan penapis udara.
10-Berhenti merokok, hindari alkohol dan ambil ubat selsema sebelum berenang atau menyelam.
Baca juga: Resdung, kanser hidung miliki simptom seakan sama
Sumber: Instagram zarinazainuddin_
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang