'Salah saya... sebab saya ada asyik sebut tak nak anak lagi', Tom alami keguguran

Tom alami keguguran
Tom alami keguguran
A
A
A

'Salah saya... sebab saya ada asyik sebut tak nak anak lagi', Tom alami keguguran

BEKAS peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Tom mengakui hasrat memberi suami zuriat tidak kesampaian apabila mengalami keguguran baru-baru ini.

Menurut Tom, usia kandungannya itu sudah memasuki tiga minggu dan mengalami keguguran.

"Kenangan baru-baru ini, @fuadrahnab2k22 nampak happy sangat, sebab dia memang nak baby.

"Dah lama dia tak ada anak lagi, last ada anak masa 19 dan 17 tahun lepas," kongsinya di TikTok.

Baca juga Nikah di Batam & Fuad, Tom kini suami isteri

Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 36, bagaimanapun memaklumkan bayi dalam kandungannya itu telah gugur.

"Salah saya... sebab saya ada asyik sebut tak nak anak lagi, i'm so sorry husband," tulisnya.

Menerusi video tersebut, suaminya Fuad Rahman, 43, kelihatan sangat teruja dan gembira ketika dimaklumkan Tom mengenai kehamilan berkenaan.

Aduhai sedihnya, moga dipermudahkan urusan buat Tom dan suami.

Tom dan Fuad mendirikan rumah tangga pada Februari lalu di Batam, Indonesia.

Baca juga Tom akur tinggalkan pentas GV9

INFO

Simptom keguguran;

Wanita yang keguguran mungkin akan mengalami tanda-tanda seperti;

  • Pendarahan (dari sedikit sehingga banyak)
  • Kejang perut
  • Sakit di bahagian abdomen
  • Demam

Jika anda sedang hamil dan mengalami simptom-simptom tesebut, segeralah berjumpa dengan doktor.

Kredit foto: Rene Asmussen

Mengapa keguguran berlaku?

1. Kebanyakan masalah keguguran yang berlaku semasa trimester pertama adalah disebabkan oleh kecacatan (abnormality) pada kromosom.

2. Kromosom yang cacat tidak dapat hidup dengan baik dan berkembang seperti yang sepatutnya, justeru itu menyebabkan keguguran.

3. Selain itu, keguguran juga boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, terdedah kepada persekitaran tempat kerja yang bahaya seperti toksik dan radiasi yang tinggi, masalah hormon, uterus abnormal, cara hidup, penyakit tiroid, kurang nutrisi dan sebagainya.

4. Risiko keguguran semakin meningkat jika seseorang wanita itu sudah berusia.

5. Kajian menunjukkan bahawa wanita yang berusia 20-an berisiko mengalami 12-15% masalah keguguran, manakala wanita di usia 40 mempunyai 25% risiko keguguran.

Sumber: TikTok @rajakingtom, hello doktor

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca