Sarimah kongsi upacara Jejak Tanah puteri sulung

CHE PUAN SARIMAH IBRAHIM
CHE PUAN SARIMAH IBRAHIM
A
A
A

PENGACARA terkenal, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi foto-foto menarik sekitar majlis Jejak Tanah puteri sulungnya, Tunku Sofia Najihah yang kini berusia setahun.

Menurut Sarimah, acara yang berlangsung pada Sabtu itu merupakan adat Di Raja Negeri Sembilan yang menjadi amalan tradisi.

“Selesai sudah. Alhamdulillah. Adat Di Raja Negeri Sembilan. Hari ini merupakan majlis Jejak Tanah  Tunku Sofia Najihah,” kongsinya di Instagram.

Tambahnya, majlis tersebut itu sepatutnya dilaksanakan lebih awal, namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, ia terpaksa ditangguhkan pada semalam.

Mengisi ruangan komen, ramai peminat dan pengikutnya yang mengucapkan tahniah dan menganggap adat tersebut sebagai sesuatu yang unik dan istimewa.

Sarimah mendirikan rumah tangga dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie yang juga merupakan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 pada 2 April 2015.

 

(SUMBER/FOTO: Instagram Che Puan Sarimah Ibrahim)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca