PEMPENGARUH, Syamimia baru-baru ini menjadi bualan ramai susulan tindakannya tidak mahu berkongsi berkaitan Palestin di media sosial.

Selain itu, tular beberapa keping gambar yang memaparkan patung dewa Yunani ‘David’ diletakkan di ruang tamu dan bilik tidurnya sebagai hiasan menjadi perhatian ramai.

Susulan isu Palestin, Syamimia mengalami penyusutan jumlah pengikut mendadak di akaun TikTok.

Dalam perkembangan terbaru, wanita berusia 27 tahun itu membuat permohonan maaf secara terbuka di laman sosial miliknya.

Baca juga: Rumah flat tapi dekorasi macam kondominium, ibu muda ini bijak buat ruang nampak mewah

Kata Syamimia, dua isu berkenaan dijadikan iktibar untuk menjadi insan yang prihatin.

“Dengan rendah hati, saya Syamimia ingin sekali lagi memohon maaf kepada semua di atas kekurangan saya selama ini.

“Isu Palestin dan ukiran patung David telah mengajar saya untuk menjadi seseorang yang lebih peka pada isu semasa dan ini merupakan pengajaran terbesar dalam hidup saya.

“Saya bersama Palestin dan patung tersebut telah dilupuskan,” ujarnya.

Dalam pada itu, bekas pembantu setiausaha berkenaan menitipkan kesyukuran dan berusaha memperbaiki diri pada masa akan datang.

“Saya bersyukur menerima bimbingan yang anda berikan dan saya mengaku bersalah kerana tidak prihatin tentang isu ini.

“Saya akui masih muda dan buat kesilapan. Kekurangan ini menjadi iktibar untuk saya memperbaiki diri di masa hadapan.

“Sekali lagi saya ikhlas mohon maaf membuat anda berkecil hati dengan tindakan saya dan saya tiada niat untuk melukai sesiapa. Salam sayang, Syamimia,” kongsinya.

Baca juga: [VIDEO] Jual tisu RM20 satu malam, digelar pengemis, wanita kongsi pengorbanan ibu OKU penglihatan besarkan 3 anak

Menerusi tinjauan SinarPlus, akaun TikTok Syamimia kehilangan lebih 300,000 follower sejak lebih seminggu lalu.

Beliau terdahulu memiliki 1.2 juta menyusut kepada 863,900 pada pagi ini.

Iklan

Warga maya memberikan sokongan agar pempengaruh itu kembali bangkit. Ujar mereka:

– “Mimi be strong, rindu nak tegok Mimi live lagi setiap manusia semua ada melakukan kesilapan.. Bangkit ya.”

– “Apa yang telah berlaku jadikan pengajaran. Semoga ia menjadikan Mimi Muslim yang lebih baik.”

– “Bagus Mimi memohon maaf, ia adalah mulia. Teruskan hidup seperti biasa, manusia tak lari daripada melakukan kesilapan.”

– “Its ok sister. You have ur own rights to do so. We cannot please others. Insya-ALLAH everything will get back on track.”

Iklan

– “Dia masih muda, dalam meniti hidup pasti ada kesilapan yang kita buat. Kita semua pun begitu.”

Sumber: TikTok, Instagram Syamimia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!