Rumah flat tapi dekorasi macam kondominium, ibu muda ini bijak buat ruang nampak mewah

CANTIKNYA bila menatap hasil dekorasi seorang ibu muda yang juga influencer ini.

Pilihan warna dan perabot membuatkan ruang terhad nampak lebih luas dan bersih.

Wanita dikenali dengan nama Nur Syamimi ini nyata bijak menghias kediamannya walaupun hanya sebuah rumah flat.

Nur Syamimi juga bijak membuat pilihan perabot untuk kediamannya manakala dari segi perhiasan pula, dia hanya memilih yang minimalis tetapi moden.

Hasil kreativitinya menghias rumah flatnya berkeluasan 850 kaki persegi, dekorasi hasil cetusan idea wanita ini kelihatan mewah dan eksklusif.

Wanita itu mempunyai lebih 700 ribu pengikut di TikTok dan ratusan ribu followers di Instagram.

Maka tak hairanlah Nur Syamimi menjadi viral di media sosial baru-baru ini.

Nur Syamimi sebelum ini pernah dikecam kerana warga maya kerana dianggap tidak layak menduduki flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) tapi ibu muda ini tidak mudah melatah.

Malah wanita ini giat menghias kediamannya yang dihuni bersama keluarga tercinta.

Baca juga ‘Besar & mewah macam istana.’ 20 tahun simpan angan-angan, rumah impian Yatie Kamarzaman bakal siap dibina. Lawanya!

 

Menerusi perkongsiannya di IG, Nur Syamimi menjelaskan dia terpaksa berhenti belajar setelah ibunya meninggal dunia dan sejak itu dia perlu menanggung kos pembelian rumah tersebut.

“Ummi baru berapa bulan beli rumah ni dan tiba-tiba meninggal dunia. Saya cari kerja untuk bayar semua hutang Ummi termasuk habiskan bayaran rumah di usia saya 20 tahun, seorang diri di KL supaya Ummi tenang di ‘rumah baru’.

Iklan

“Saya simpan rapi kisah ni sebab saya sangat perahsia orangnya dan tak manis pun nak explain pada strangers. Sangat banyak jumlahnya tetapi sebelum memiliki rumah ni, saya perlu ditemu duga’ oleh tuan hakim membuktikan umur 20 tahun boleh tak uruskan rumah ni.

Baca juga ‘Cantiknya wet kitchen ala tepi taman.’ Ruang Dapur Memey Suhaiza curi perhatian. Kemas & kreatif!

“Sekarang visi saya adalah membeli kebahagiaan buat adik, suami, adik ipar dan anak-anak. Hidup saya kelihatan sempurna sebab saya ‘dream about it’, ‘to be like this’. Apa yang terlihat hari ini, ini cara saya merealisasi ‘mimpi’ itu,” ujarnya.

Sangat terinspirasi! Buat wanita di luar sana tak kisahlah anda direzekikan memiliki rumah jenis apa pun, yang penting bahagia bersama keluarga tercinta.

Iklan

Kredit: Instagram Syamimia_

Baca juga ‘Pandai nyanyi & masak, untung suami.’ Rumah cantik & mewah macam istana, warga maya puji Marsha tetap humble!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!