Saya dah makin sihat dan dibenarkan keluar dari hospital – Jasmin Hamid

JASMIN HAMID
JASMIN HAMID
A
A
A

PELAKON Jasmin Hamid dibenarkan keluar hospital pada Sabtu, selepas beberapa hari ditahan bagi menjalani rawatan akibat terkena serangan jantung baru-baru ini.

Jasmin, 48, menerusi perkongsian di laman Instagramnya meluahkan rasa syukur apabila kesihatannya semakin baik dan dapat kembali ke rumah.

“Syukur Alhamdulillah. Suami dan anak-anak jemput saya balik rumah. Dengan izin Allah dan berkat doa suami, anak-anak, adik beradik, mertua, keluarga, sanak saudara, kenalan dan kalian semua.

“Saya dah makin sihat dan dibenarkan keluar dari hospital petang ini kerana serangan jantung baru-baru ni untuk pertama kalinya,” ujarnya.

Dalam perkongsian sama, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu juga mengakui terharu dengan layanan doktor dan jururawat yang menjaga dan merawatnya sepanjang berada di dihospital.

“Tiada kata selain terima kasih banyak-banyak pada para doktor dan jururawat yang bertungkus lumus merawat saya hingga kembali sihat.

“Terima kasih juga buat sanak saudara, sahabat handai yang sempat ziarah saya di hospital. Terima kasih juga pada semua yang sayang saya sebab tak henti-henti bertanyakan khabar saya dan mendoakan kesihatan saya kembali pulih.

“Ajal maut, jodoh dan rezeki adalah rahsia Allah. Terima kasih Allah, terima kasih semua kerana kasih sayang Allah dan kasih sayang kalian pada saya, kuatkan semangat saya untuk bangun (pulih),” katanya.

Terdahulu, pada Rabu lalu, Jasmin dimasukkan di Unit Penjagaan Koronari (CCU) di sebuah hospital di ibu kota selepas mengalami serangan jantung buat kali pertama.

(FOTO: Intagram Jasmin Hamid)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca