‘Saya harap kita dapat berjumpa…’ – Suami Nynaa beri tempoh tujuh hari
SUAMI kepada pelakon, Nynaa Harizal, memfailkan permohonan nusyuz dan perintah kembali taat kepadanya dalam tempoh tujuh hari di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis.
Permohonan itu difailkan plaintif, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas, 29, terhadap Nynaa atau nama sebenarnya, Nurul Hanynaa Harizal, 25, selaku defendan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Noriah Zakaria.
Menerusi permohonan itu, Fahmi yang diwakili Peguam Syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menjelaskan tujuannya adalah untuk menjernihkan kembali rumah tangga mereka dan mahkamah menetapkan 1 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Sementara itu, Fahmi ketika ditemui di perkarangan mahkamah berkata, dia bersedia menerima dan memaafkan isterinya.
"I love you sayang (saya cintakan awak). Saya sentiasa ada untuk awak. Awak boleh hubungi saya bila-bila masa... Saya harap kita dapat berjumpa dalam masa terdekat," katanya.
Terdahulu, Fahmi mendakwa isterinya itu dilarikan keluarga mentua ketika Nynaa sedang menjalani penggambaran baru-baru ini.
Sehingga kini, dia masih gagal menghubungi isterinya dan Nynaa yang juga finalis Dewi Remaja 2019/2020 mengunci mulut dengan kontroversi yang melanda perkahwinannya itu.
Nynaa mendirikan rumah tangga dengan Fahmi yang juga Ketua Pengarah Kewangan, sebuah syarikat pelaburan pada 28 Ogos lalu setelah tiga tahun berkawan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang