"Saya korbankan apa yang paling saya suka iaitu kecantikan" - Neelofa dedah sebab berniqab

"Saya korbankan apa yang paling saya suka iaitu kecantikan" - Neelofa dedah sebab berniqab
"Saya korbankan apa yang paling saya suka iaitu kecantikan" - Neelofa dedah sebab berniqab
A
A
A

"SEMUA wanita memang nak cantik. Pantang ada produk kecantikan semua nak beli sebab itu adalah lumrah untuk kaum wanita yang ingin kelihatan cantik. Saya sendiri masa nak tutup wajah dengan niqab pun bukan satu perkara yang mudah."

Begitulah perkongsian pengacara dan pelakon Noor Neelofa ketika sesi live di laman Instagram Kasih Neelofa sempena hari Maulidur Rasul, semalam.

Katanya dia sendiri tak pernah membayangkan sebelum ini untuk memakai niqab.

"Selepas mengetahui ganjaran yang bakal diperoleh, saya sanggup mengorbankan perkara paling disukai itu walaupun keputusan yang dibuat bukan sesuatu yang mudah.

“Kali pertama terfikir nak pakai niqab saya sendiri tak pernah terbayang pun. Tapi, selepas tahu ganjaran yang akan diperoleh, maka saya korbankan apa yang paling saya suka iaitu kecantikan di dunia ini," katanya.

Neelofa yang juga Pengerusi Pertubuhan Kasih Neelofa bersama PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail berkongsi mengenai pesanan Rasulullah SAW buat wanita. Turut hadir majlis itu, Khairul Hakimin Muhammad sebagai moderator.

Artikel berkaitan: Neelofa berniqab, boleh beza antara purdah dan burqa

Menurutnya, menerusi satu kitab hadis terdapat beberapa persoalan yang diajukan Ummu Salamah kepada Nabi Muhammad mengenai wanita dunia dan bidadari syurga.

"Dikatakan isteri solehah, wanita solehah, wanita syurga serta tak kira apa rupa wanita itu, jika dia menunaikan solat, puasa di bulan Ramadan, mentaati suami dan menjaga kehormatan diri, maka dia jauh lebih cantik daripada bidadari syurga.

"Menerusi kitab yang saya baca, Ummu pernah bertanya kepada Rasulullah antara wanita dunia dan bidadari syurga siapa lebih cantik? Kemudian Baginda menjawab wanita dunia atau isteri solehah ini jauh lebih cantik daripada bidadari syurga.

"Ummu bertanya lagi kenapa? Rasulullah menjawab, mereka jauh lebih cantik sebab menjaga solat, puasa, ibadah mereka kepada Allah dan Allah menutupi wajah mereka dengan cahaya.

"Kecantikan seseorang yang beralaskan cahaya Allah ini tidak dapat digambarkan dengan akal fikiran. Kurniaan cahaya ini juga tidak diberikan kepada bidadari syurga tapi diberikan khas kepada wanita dunia atau isteri solehah," ujarnya.

Video yang dimuatnaik di laman sosial Istagram Kasih Neelofa pada jam 12 tengahari itu telah mencapai lebih 833,000 tontontan sehingga kini.

Semoga Neelofa istiqamah dalam perjalanan baharunya dan boleh dijadikan contoh teladan buat wanita muslim lain. InsyaAllah.

Sebelum ini, bekas pengacara Meletop itu mengesahkan dirinya sudah tampil berimej baharu memakai niqab pada pertengahan Oktober lalu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca