'Saya patut pertahankan rakyat Palestin.' Siti Nurhaliza enggan ulas isu gerakan Blockout 2024

A
A
A

 

PENYANYI tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza enggan mencampuri isu gerakan Blockout 2024 yang sedang rancak dijalankan membabitkan artis tempatan.

Bagi Siti, beliau percaya mereka mempunyai alasan untuk tidak menyuarakan pembelaan atau keadilan kepada Palestin.

Ibu kepada kepada dua cahaya mata itu bagaimanapun menegaskan, dirinya akan terus bersolidariti untuk rakyat Gaza.

"Isu block out ini bermula daripada luar negara dan diikuti hingga ke Malaysia.

"Saya tak nak cakap pasal kempen itu tetapi bagi diri saya, saya patut untuk mempertahankan rakyat palestin.

"Ini semua kena tanya diri kita sebab apa kita tak nak buat (bersuara), masing-masing ada alasan.. tapi atas nilai sebagai umat Islam, kena tahu di mana kita berdiri," katanya.

Siti berkata demikian ketika ditemui majlis Hi-Tea Mum2Mum anjuran Farm Fresh di Serdang.

Tambahnya, tidak mengira status sama ada selebriti atau orang biasa, yang paling utama umat Islam perlu bersatu membantu Gaza keluar daripada penderitaan.

"Saya bercakap bukan tentang selebriti tapi lebih kepada umat Islam menuntut membantu sesama muslim.

"Kita patut bangun untuk menyatakan kekesalan dan juga perlu membantu sesama Islam. Lebih-lebih lagi agama kita dijajah oleh pihak yang kejam," ujarnya.

Baru-baru ini, warga maya di Malaysia melancarkan gerakan Blockout 2024 sebagai salah satu cara menunjukkan sokongan terhadap negara Palestin.

Ia digunakan sebagai cara memboikot selebriti dan pempengaruh yang tidak menggunakan medium tersebut sebagai ruang untuk bersuara berhubung kekejaman Israel.

Gerakan yang bermula dari luar negara itu tercetus apabila pempengaruh Hailey Baylee Kalil, yang memuat naik video ketika acara Met Gala dan menyatakan ‘let them eat cake.’

Antara nama besar yang diboikot ketika ini ialah Taylor Swift, Kim Kardashian, Blackpink, Lady Gaga dan Justin Bieber.

Di Malaysia, 20 selebriti tanah air dinamakan dalam gerakan berkenaan antaranya Nadhir Nasar, Nabila Razali, Mira Filzah, Siti Saleha, Neelofa, Daiyan Trisya, Scha Alyahya, Awal Ashaari dan ramai lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca