KES jangkitan Covid-19 masih lagi tinggi dan hampir setiap hari ada sahaja kenalan mahupun keluarga yang dijangkiti virus tersebut.

Terbaru, pelakon Zarina Zainuddin turut memaklumkan dirinya juga positif Covid-19 pada Selasa selepas melakukan ujian saringan. Bagaimanapun, suami dan anak-anaknya tidak dijangkiti.

“Hari ini 1 Mac saya dah disahkan positif Covid-19. Mesti orang cakap dah lengkap vaksin pun masih boleh kena ke? Ya, booster untuk perlindungan. Sekurang-kurangnya jika kena sekali pun, tidaklah sampai stage yang teruk. Setakat satu atau dua sahaja.

“Saya dah masuk hari kedua. Apabila perasan malam tadi, tiga kali saya buat swab test sendiri. Semalam macam bayang-bayang sahaja line tu, tetapi pada pagi ini ia lebih jelas.

“Saya nak minta sesiapa yang ada berjumpa dengan saya, tolong pergi swab test. Saya minta maaf ALLAH nak bagi penyakit ini. Jika saya ada sakitkan hati sesiapa, maafkan saya,” kongsinya di laman Instagram hari ini.

Ibu kepada empat anak itu memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan dan urusan kuarantinnya dipermudahkan.

“Minta doakan saya. Saya risau Azil (anak kembar autism) bangun tidur mesti dia ketuk pintu bilik saya nak masuk. Tolong doakan saya ya.

“Saya makan @nuprep.official wanita untuk sistem imun dan harap saya kuat serta cepat sihat. Saya jarang-jarang sakit tapi bila sekali sakit saya macam orang putus harap,” katanya yang turut meminta orang ramai berkongsi nasihat dan panduan berkaitan pesakit Covid-19.

Iklan

Dalam pada itu, Zarina berkata, perniagaan pulut kuningnya berjalan seperti biasa dan diuruskan oleh pekerja.

“Perniagaan pulut kuning saya berjalan seperti biasa. Ada cef dan kakitangan-kakitangan saya yang uruskan. Insya-ALLAH,” akhiri Zarina.

Iklan

 

(FOTO: INSTAGRAM ZARINA ZAINUDIN)