RAMAI yang prihatin terhadap anak sulung pelakon terkenal, Shah Rukh Khan yang terlibat dengan dadah baru-baru ini.

Cakna dengan nasib yang menimpa Aryan Khan, 23, Menteri Kesatuan Sosial dan Pemerkasaan India, Ramdas Athawale mencadangkan Shah Rukh Khan menghantar Aryan ke pusat pemulihan.

“Sayang sekali dia terlibat dengan dadah pada usia yang muda, Aryan ada masa depan.

“Saya cadangkan Shah Rukh Khan menghantar Aryan ke pusat pemulihan berkaitan kementerian. Dia perlu berada di situ selama satu hingga dua bulan daripada dia terkurung di penjara. Di sana, Aryan akan sembuh daripada ketagihannya,” kata Athawale.

Baca juga: Isteri Shah Rukh Khan Larang Tukang Masak Sedia Manisan Hingga Aryan Pulang

Iklan

Ketika ini, Aryan sedang ditahan di Penjara Arthur Road. Aryan terdahulu ditahan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita ditahan anggota polis dari Biro Kawalan Narkotik (NCB) di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai.

Dalam serbuan 3 Oktober lalu, NCB turut merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone dan lebih 1.3 juta lakh Rupee.

Iklan

Baca juga: Shah Rukh Khan Tak Lalu Makan, Aryan Tak Dapat Layan Istimewa

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Asian News International