'Sedekahlah dekat sesiapa'- Amar Asyraf sebak Zizan masuk live beli baju, sambal RM1,000
PELAKON berbakat besar, Amar Asyraf tersentuh dan terharu dengan kemurahan hati pelawak terkenal, Zizan Razak yang sudi membeli baju dan sambal yang dijualnya.
Bukan itu sahaja, Zizan turut meminta Amar sedekahkan hasil pembeliannya itu kepada orang ramai menerusi sesi live di Instagramnya malam tadi.
Menerusi live yang berlangsung selama satu jam itu memperlihat Amar sedang mempromosikan baju jualannya yang mana pada 15 minit terawal, tiada individu yang membeli baju tersebut.
Namun tanpa putus asa, Amar tetap mempromosikan barang jualannya itu.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Tidak lama selepas itu, dengan tidak disangka, Zizan telah membeli baju daripada Amar berjumlah RM500. Selain itu, Zizan turut menambah RM500 lagi dengan membeli sambal.
Zizan meminta baju dan sambal yang dibelinya itu disedekahkan kepada orang ramai.
Bukan itu sahaja, pelakon Johan Arrif juga telah membeli baju daripada Amar dengan harga RM200.
"Allahuakhbar. Hari ini ALLAH hantar @zizanrazak869 untuk saya. Kemudian @johanarrif_asari tolong saya. Tadi saya nampak seorang lagi saudara saya @zahiriladzim jugak."Terima kasih juga pada ramai lagi yang beli untuk sedekah baju pada viewers.
Baca juga Bila-bila masa sahaja ALLAH boleh tarik nyawa kita - Fazli Zainal
"Saya tak tahu nak cakap macam mana. kalau ada rakan rakan terdekat saya tak perasan tadi saya minta maaf.
"Terima kasih tolong saya. Betapa jasa tuan puan ALLAH sahaja yang dapat balas," coretnya.
Sumber: Amar Asyraf
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang