Sel kanser Elyana sudah merebak ke rahim, hati dan pangkal paha

Sel kanser Elyana sudah merebak ke rahim, hati dan pangkal paha
Sel kanser Elyana sudah merebak ke rahim, hati dan pangkal paha
A
A
A

SEMUA maklum bahawa penyanyi Elyana atau nama sebenar Erneelya Elyana Emrizal, 33, menghidap kanser limfoma sejak 10 tahun yang lalu.

Media tempatan melaporkan, pelantun Tak Tercapai Akalmu itu kini semakin serius dan telah kehilangan selera makan dan berat badannya kini hanya 41 kg (kilogram).

Dilaporkan kanser itu juga sudah merebak ke rahim, hati dan pangkal paha.

Kata Elyana, doktor memaklumkan sel kanser lama sudah berkurang ketika dimasukkan ke hospital bulan lalu. Namun mendapati sel-sel itu sudah merebak ke bahagian badan yang lain.

Menurutnya, dia kini berusaha kuatkan semangat diri sendiri untuk lebih sihat dan berfikiran positif setiap hari.

Difahamkan, Elyana perlu menjalani rawatan kemoterapi secepat mungkin, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.

Baca juga Baju disamakan watak hantu : ‘Ada cerita di sebalik busana…’ – Aina Abdul

Elyana yang telah berkahwin dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dikurniakan seorang anak perempuan Cinta Sumayyah berusia 9 tahun dan mempunyai seorang anak angkat, Cahaya Ramadhani, 1 tahun.

Sementara itu, menurut Kementerian Kesihatan (KKM), ini enam tanda dan gejala kanser limfoma.

  1. Benjolan di leher, ketiak atau pangkal peha (tanda utama).
  2. Demam berpanjangan.
  3. Hilang selera makan.
  4. Hilang berat badan.
  5. Ruam dan kegatalan kulit.
  6. Keletihan dan tidak bertenaga.

Individu berisiko;

  • Pesakit autoimun
  • Pesakit jangkitan virus seperti HIV dan Hepatitis C
  • Penerima organ
  • Mempunyai keluarga terdekat menghidap limfoma

Pengesanan awal boleh menyelamatkan anda.

Sama-sama kita doakan semoga Elyana kembali sembuh dan sihat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca