Selamat bersalin baby girl, Dynas Mokhtar timang anak ke-4

PELAKON dan pengacara Dynas Mokhtar selamat melahirkan baby perempuan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Berkongsi berita gembira itu di Instagram, Dynas bersyukur telah selamat menimang anak perempuan namun belum mengumumkan nama mahupun berkongsi wajah bayinya.

Walau bagaimanapun, perkongsian ini dibuat selepas tiga hari dia selamat bersalin.

“Ketentuan Ilahi… Alhamdulillah. Masya-ALLAH a baby girl for us,” tulisnya ringkas.

Bersama kapsyen itu, pemilik nama penuh Wan Edrinas Wan Mokhtar, 39, turut memuat naik gambar tanggannya bersama suami dan bayi mereka.

Baca juga Sisi komedi Dynas Mokhtar

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikutnya di Instagram menzahirkan rasa syukur disusuli ucapan tahniah buat Dynas.

“Yeayyyy alhamdulillah ada sepasang. Bestnyaaaaaaaaaaa.”

“Alhamdulillah congratulations sayangKu babe @dynasmokhtar. Hello baby girl, welcome to the world, sayang, sihat-sihat dan sentiasa buat mummy and baby.”

“Syukur Alhamdulillah welcome to the world princess!”

Iklan

“Tahniah! Selamat berpantang, moga mummy dan baby ok dan sihat.”

Baca juga Shila Amzah, Ubai selamat bertunang

“Masya-ALLAH alhamdulillah. Congrats kakak.”

Iklan

Dynas berkahwin dengan Mohamad Shazrik Che Mohd Din, 40, pada April 2018 dan dikurniakan anak lelaki Edriel Obil, 3.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Dynas juga dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa, 12 dan Mohamed Haqaish, 9.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!